Sunday, 22 June 2014

Bintang Hati~

Menuruti hari demi hari , tiada aku jangka semua ini akan terjadi . Sehingga saat ini , aku seakan tidak percaya bahawa aku sudah bergelar mahasiswa di UiTM Jengka . Bagaikan mimpi , aku telah melanjutkan pelajaran ke universiti apa yang diimpikan dihajati dimakbul yang esa . Kendatipun aku gembira , aku begitu terharu melihat pengorbanan ibu bapaku yang bersusah payah menghantarku belajar di sini tekadku satu ingin menggapai kejayaan , sebolehnya aku mahu gapai anugerah dekan tak ingin kecewakan mereka dengan kegagalan . Suatu saat penuh tak terduga , siapa sangka aku telah bertemu dirinya di hadapan anak mataku sendiri . Sungguh aku tak sangka segalanya akan berlaku , hatiku meruntun bahagia buat pertama kali aku menegurnya saat 7 Jun 2014 di aras Blok Cendana UiTM Jengka . Hari demi hari , semakin kerap ku terserempak dengan si dia . Meski berjuta siswi yang cukup menawan di sini tapi di hatiku hanya ada dia bintangku satu dari mula aku kenalnya sebelum pernah bersua sehinggalah aku bersua dengannya saat ini hatiku masih menyayanginya . 18 Jun 2014 menjadi tarikh kali pertama aku berbual dengannya di perpustakaan . Pada mulanya begitu sukar untukku tegur kerana malu yang melanda diriku tapi aku cuba untuk menegur bila dia memandangku . Pada petang itulah , untuk pertama kali aku keluar jalan bersama dia dan seorang kawannya yang jua sahabatku bersama ke Pasar Rabu UiTM Jengka . Jujur aku kerap kali terbayang tiap apa yang terjadi menjadi ingatan dalam kepalaku . Jujur , aku tak kehilangannya dan tak mahu hilang semua ini . Namun resah tiada mampu ku sembunyi , dia hadir mengukir senyum . segalanya bagaikan mimpi jadi realiti segala yang diimpi jadi nyata seterusnya jadi bahagia . Doaku dimakbul yang esa untuk bertemunya . Ya Allah ,... sungguh aku bahagia saat ini atas semua yang diberi . Aku tak mahu kehilangan dia. Niatku cuma satu mahu menjadi bintangnya untuk sepanjang hidupku menjadi yang halal baginya . Aku ingin menunaikan segala janjiku buat dia , biarlah dia jadi cinta terakhirku . MEski penuh persoalan , doa aku titipkan tanpa henti kerna ku yakin kuasa Allah melangkui segala . Andai memang dia jodohku , ku panjatkan syukur . Tak mudah untuk aku mencoret rasa ini segala rasa ini terpendam penuh rasa di lubuk jiwa . Airmataku seakan mau menitis seandai dia tahu dia teramat istimewa bagiku walau apa dirinya akanku terima dia seadanya sekalipun apa rupanya dan apa masa silamnya itu bukanlah ukuranku kerna biarlah dia tahu aku menyanyinya seikhlas hatiku . Bintang malam kelihatan cerah bertambah sinar dengan kehadirannya . Andai dia pergi kelamlah malam ini dimamah sepi tapi aku redha andai dia akan pergi , biarlah aku mengejar suratanku tersendiri hanyut dengan illusi mengharap dia kembali kerna tuhan lebih tau segalanya tapi andai memang dia akan terus di sini akanku terus menjaga dia sebaiknya takkan ku siakan akan ku bahagiakannya dengan kasihku yang tak seberapa biar dia tau betapa aku menyayangi dia takkan sekali aku mungkiri janji ini buat dia . Aku ingin dia tahu dialah bintang dikala tujuh langit yang penuh kasih di balik sejuta pelangi bahagia . Ya Allah , walau apa terjadi kau Maha Tau bahawa mengenalinya suatu anugerah indah darimu . Takkan pernah ku sesali pertemuan denganmu , sebolehnya ingin aku berjaya bersamamu meniti hidup denganmu selalu bersamamu mendampingmu ke akhirnya .

No comments:

Post a Comment