Sunday, 1 December 2013

KenangaN yang TakkAn TerPisAh ~~ Selamat Tinggal SEkolAhku tercinta JP di hatiku~~




meniti kemajuan teknologi yang semakin canggih dalam desawarsa ini , tak ku sangka hari ini sudahpun memasuki DIsember 2013 . Selepas ini Uniform sekolahku hanya tinggal kenangan . segala kenangan yang tercipta di SMK JENGKA PUSAT pastinya akan menggamit sejuta memori yang terukir di ingatan selama-lamanya . Masih aku ingat , kali pertama ku menjejakkan kaki di sebuah sekolah yang terkemuka dalam daerah Maran , tak lain dan tak bukan sekolah nombor 1 di Maran iaitu SMK Jengka Pusat yang terletak di puncak bukit Bandar Jengka di mana pada hari pertama ku masuk ke bilik gerakan dan bertemu Faiz bin Halimi dan Azizul bin Abu Talib . Di situlah bermulanya , titik perkenalan aku dan juga mereka . Ku masuk ke dalam kelas , aku terkejut melihat aku bertemu seseorang yang aku kenal dan sama kelas denganku ketika darjah 6 . Aku cuba membiasakan diri dalam kelas 1 Dedikasi , namun hari pertama aku sudah dimarahi oleh guru Matematik , Cikgu Fadzilah Junait . Masihku ingat bila dimarahi olehnya ketika itu . Pelbagai kenangan jua tercipta di situ , masih ku ingat raut wajah guru bahasa inggeris , Puan Affiza yang garang sekali juga guru sains ketika itu , Puan Norita yang baik hati , malah Puan Rosnani yang manis sekali . Di situlah terciptanya keakraban antara kami . Malangnya , siapa sangka darah muda yang mengalir membuatku mengikut nafsu amarah apabila aku bergaduh dengan Irsyad ketika itu namun mujurlah kami dapat berbaik semula selepas itu . Siapa sangka , dua tahun berlalu selepas itu kami sudahpun tingkatan 3 . Aku sekali lagi dilantik menjadi ketua kelas setelah dilantik dalam tingkatan 2 Dedikasi . Di sini aku belajar sesuatu , tak lupa juga erti persahabatan yang terukir . Paling tak ku lupa apabila aku bergaduh dengan rakanku , Faiz kerana perkara kecil yang bermula hanya sekadar daripada gurauanku kepada Zamberi . Air mataku tak mampu ku sembunyikan ketika itu , ia jatuh menitis di sebalik wajahku kerna rasa serba salahku pada dia . Alhamdulilah , aku akhirnya dimaafkan olehnya . Sejak dari situ , aku bertekad aku tak mahu bergaduh dengan siapa-siapa lagi biarlah itu menjadi pergaduhan yang terakhir . Banyak jua kenangan tercipta pada 2011 ,pada tahun itulah kali pertama aku putus dalam hubungan cinta dengan seorang gadis yang lebih muda dariku ketika itu pada 4 Mac 2011 .  Berlalunya masa dan ketika , tiba-tiba satu kemalangan menggegarkan kawanku . Faiz terlibat dalam kemalangan ketika itu , namun mujurlah dia tidak apa-apa . Akhirnya , keputusan PMR diumumkan pada 22 Disember 2011 . Aku bersyukur sekali apabila mendapat 5A3B . Keputusan yang cukup mengejutkan dilakar oleh Udang apabila dia mendapat 7A1B . Bagiku , dia sememangnya layak atas usahanya . Kelas Dedikasi juga mencipta kejutan dengan berjaya melahirkan seorang pelajar straight A iaitu Luqman a.k.a Apek . Aku sebagai ketua kelas cukup gembira dengan pencapaian semua anak2 buahku . Semua orang ada mendapat A yang paling kurang pun seorang yang dapat 1A iaitu JO . Pencapaian ini cukup baik bagiku . dihimpit rasa keliru memilih kelas , akhirnya ku diumumkan aku termasuk dalam kelas GAMMA . Pada mulanya , memang niat hatiku mahu ke arah kelas sains . Tapi setelah beberapa ketika aku berasa selesa berada di kelas ini . Aku bertindak mahu mengubah fikiranku untuk kekal di sini . Malang tidak berbau , ayahku tetap mahu aku mengikuti kelas sains dan mahu memindahkan aku ke SMK JENGKA 2 . Bagi diriku , lebih baik aku setia di JENGKA PUSAT berada di kelas sains berbanding berpindah . Tak Sanggup rasanya untuk aku meninggalkan sekolah yang penuh kenangan untukku , dan di atas ketentuan Allah akhirnya aku masuk ke dalam kelas 4 Delta . Di sinilah bermula penggembaraanku mencari ilmu sains . Di sini banyak aku belajar bagaimana dan kenapa aku belajar subjek2 yang sukar . Meskipun , pada awalnya keyakinan itu kosong tapi siapa tau keyakinan itu akhirnya datang juga . Ku mengakui kali pertama ku lihat dia dalam kelas ni dia cukup ayu sekali tapi ku tau dia sudah ada yang punya . Itulah dilemaku dalam Delta , dan ku biarkan saja rasa itu terhapus sendiri . Ku sendiri tak mengerti apa yang menimpa Bakor sehingga dia dipulaukan apabila bermulanya tahun akhir di sekolah ini Tingkatan 5 . Pada mulanya , memang ku berasa kekok duduk bersamanya bukan kehendakku mahu duduk bersama dia tapi sudah takdir menyatakan kami akan duduk berdua . Aku sebenarnya ingin duduk bersama Azrul kerana dia sememangnya rakanku yang paling rapat dalam 4Delta . Namun , akhirnya aku menerima Bako seadanya dan cuba untuk menyesuaikan diri duduk bersamanya . Sebenarnya , ku kasihan juga lihat dia keseorangan sebatang kara . itulah drama yang melanda 5 Delta . Siapa sangka Udang akan bersama Enie , cinta itu tak mengenal siapa dan cinta itu berputik antara mereka . Begitu jua antara Abe dan Suhana  . masihku ingat kata2 Abe dalam bilik gerakan , cantik juga suha ni ketika kem bulan 6 . Tak lama kemudian , ku lihat kemesraan antara mereka  dan akhirnya mereka dicintakan bak kata si Abe . Syiqah dan Wan jua terserlah keakraban mereka denganku , aku juga menjadi rapat dengan mereka . Apatah lagi aku sekelas tuisyen malam dengan mereka . Di kelas tuisyen pula , aku mengenali Abid,Aizat,Faris,Kimi, dan lain-lain . Banyak juga aku pelajari di sana ,  aku menerima sebuah hadiah kepingan kertas surah aj-jin daripada seorang budak di situ  .  Apapun , aku berterima kasih sekali kepada Azrul kerana dia sering menumpangkan aku ke sana ke mari . Jasanya tak akan ku lupa . Meskipun dia dipalit kontroversi dengan Wan tapi aku tetap hormati dia kerana jasanya . Hemm.. siapa sangka tahun ni aku akan jadi wakil sekolah dalam permainan bola sepak meski hanya penjaga gol simpanan ..? Terima kasih kepada faiz yang beria-ria mengajakku , dan akhirnya ku terpilih . Tuah ayam nampak di kaki , tuah manusia tak siapa yang tau dan pengalaman yang ku timba sepanjang latihan dan perlawanan yang diadakn cukup bermakna bagiku . Tak pernah ku rancang dan ku duga , tapi itulah rancangan yang ditetapkan Allah . Banyak insan yang ku kenali di sini , kawan2 semuanya takkan ku lupa malah guru2 banyak mengajarku , juga adik2 yang menghormatiku , dan senior2 yang aku hormati malah tak lupa kakitangan2 sekolah termasuklah akak2 kantin , makcik2 , abang2 , semua . TERIMA KASIH aku ucapkan semuanya . Doakan kejayaanku untuk SPM ye buat yang membaca blogku ini  :))

Kelas 4 Delta 2012
 


Gelagat tiga Sahabat Belon,Zamberi,dan Faiz


Peace Yoo~ 5D the cool~~


Ni Masa Form 2 - kelas 2D ~~ cute2 je semua muka..haha

Teacher Miss Wani yang cute mengajar aku BI masa form 3 in 2011

Jamuan Raya 2011 ~~ Dari kiri : Amir,Udang,dan Belon

sekitar hari KOOP 2012

Jamuan raya 2011 -- aku bersama Faiz dan Shahrin

Pelajar Target SPM sekolah , Apek bersama Faiz dan Azrul sekitar Hari Koop 2012

dua jejaka kacak sedang berbual

JAmuan PerPisaHan 5D

Uztazah Intan , guru kelas 5D dan 4D batch 96 ~ jasamu dikenang~~

in Majlis Graduasi 2013
Jangan berputus asa selagi belum melangkah ke dewan peperiksaan
- Uztazah Intan Nazirah

3DediKasi full with memory

Memory in Delta classes will etch forever in my mind~

Delta is Fighting for SPM !
Gadis2 5D 2013 bersama Uztazah Intan~~

Gadis2 1D 2009 bersama Puan Norazirawati

yeahh~~ wajah2 kami semasa form 1 ~~ haha

No comments:

Post a Comment