Thursday, 26 December 2013

2013 yang penuh kenangan

Di sini ingin ku coretkan kisah yang ku lalui sepanjang tahun ini ~~ Pertama sekali , ku merakamkan syukur kepada yang Maha Berkuasa aku masih beroleh nafas pada saat dan ketika ini dipanjangkan umur untuk terus hidup di muka bumi yang indah ini . Jujur ku katakan , 2013 meninggalkan kenangan tersendiri buat diriku . Tambahan pula , tahun 2013 adalah tahun akhir diriku di alam persekolahan . Di sini jua memori tercipta , kenangan bersama kawan-kawan dan guru-guru takkan pernah bisa selamanya akan ku simpan dalam relung hati . Berat mata memandang , berat lagi bahu yang memikul . begitulah peribahasa yang dapat diungkapkan buat diriku yang akan menggalas tanggungjawab lebih berat selepas ini .

ku susuri 2013 dengan kisahku sendiri aku berdepan ranjau penuh kesedihan tatkala januari 2013 memikirkan hatiku yang masih lagi sakit ketika itu kerana ditinggalkan dia 29 disember 2012 . Tapi , kata orang bunga itu bukan sekuntum . Namun , sehingga kini teman pengganti masih belum ku temu hanya sahabat yang ku temu tapi ku bersyukur dikurniakan sahabat kerana sahabat tak pernah meninggalkan kita walhal kekasih pasti akan meninggalkan kita suatu saat andai tiada jodoh . Jodoh itu bukan milik kita tapi milik Allah . Banyak yang ku pelajari daripada percintaan ini . Terutamanya , erti kesabaran dalam menghadapi kerenah manusia . Begitu jua , pentingnya restu seorang ibu dan keluarga . Ibu aku tak pernah merestui hubungan aku dan dia malah kakakku juga sependapat dengannya . Sikapnya yang kurang ajar terhadap ibuku dengan masejnya kepada ibuku menambahkan lagi drama dan menangguk air yang keruh . Mungkin inilah takdirnya bahwa dia bukanlah yang terbaik untuk aku , andai ku bercinta lagi suatu saat nanti inginku setia dan tak ingin aku kecewakannya malah akanku pohon restu dari bonda . Biarlah kisah ini jadi sejarah , tapi jauh di sudut hati aku berharap gadis seterusnya yang akan ku cintai dan menjadi suri hatiku bisa menghadirkan kembali sinar bahagia membawa aku ke jalannnya bukan ke arah maksiat . Aku harap aku bertemu seorang gadis yang terbaik untukku agar ku bisa membimbingnya dan gadis itu bisa menegurku juga ke jalan yang lurus .

menyusuri Febuari 2013 ,, siapa sangka kini sudah sebulan aku duduk di sebelah Akmal Azim aka Bako . Tidak ku pinta duduk di sebelahnya , tidak ku rancang semua ketentuannya . Tapi atas takdir illahi ku duduk di sebelahnya . Sebenarnya , aku kasihan dengan dia yang tidak dipedulikan oleh rakan2ku yang lain kerana satu kisah pahit antara mereka . Jauh di riak wajahnya aku dapat lihat kesedihan dalam matanya tatkala dia sendiri . Dia dipulaukan oleh sebahagian besar rakan2ku . Aku amat bersyukur kerana aku tidak mengalami nasib sepertinya malah semua orang melayanku tanpa rasa jemu dan kekok dan menerimaku di samping mereka . Di sini jua bermula saat tuisyen , aku bertemu seorang cikgu yang cukup kelakar . Nama cikgu ini ialah Cikgu Kam . Cikgu ni cukup sporting tapi jika dia tidak dalam "MOOD" usah ditegur kerana air yang panas jangan disimbah dengan api . Persahabatan aku dengan Rasyiqah,Wan, dan Dayah semakin akrab ketika itu . Kami sering bergelak tawa bertukar2 cerita bersama2 . Di sini jua ku bertemu dua orang rakan sahabat yang bernama Abid dan Faris .  Aku gembira bertemu mereka , mereka berdua sememangnya sahabat yang baik buat aku . Benarlah kata orang , makin jauh perjalanan makin banyak kenalan kita temui seperti kata pujangga berkawan biar beribu berkasih biarlah satu .

Ketika dalam Mac , Sahabatku Faiz bin Halimi sering mengajakku untuk datang ke sesi pemilihan pemain bola sepak sekolah . Pada mulanya aku sendiri menolak pelawaan mereka kerana aku tau aku tak layak dan setanding mereka2 yang ke sana . Aku tau aku bukanlah pemain yang hebat dan ku sedar siapa aku . Tapi akhirnya kerana demi kawan aku pergi juga sekadar untuk suka-suka . Tak pernah ku letak sebarang harapan untuk terpilih , tapi atas rezeki dari Allah aku terpilih dalam senarai akhir pemain sekolah . Maka bermulalah episodku sebagai pemain sekolah sebagai penjaga gol . Penampilan pertama berdepan Pasukan Tingkatan Enam sekolahku , aku agak gugup pada awalnya hingga dibolosi seawal minit pertama namun aku bangkit mempamerkan aksi lebih baik namun separuh masa kedua aku ditukar dan akhirnya keputusan memihak kepada pasukanku dengan 7-2 di mana aku bolos satu gol dan Daniel bolos 1 gol juga . Namun , paling tak dilupakan aku tewas dalam sepakan sudut ketika perlawanan persahabatan menentang JP2 menyebabkan pasukan sekolahku ketinggalan 1-0 ketika itu tapi mujurlah pasukanku bangkit membenam cabaran JP2 menang 3-1 . Pelbagai onak dan duri ku tempuhi saat itu , jadualku cukup padat dengan sekolah pada sebelah pagi sejurus itu kelas pula pada tengahari petang latihan bola dan malam tuisyen . Jadual yang cukup padat rasanya buat diriku .

Tibanya april , akhirnya pertandingan bola sepak di Maran berlangsung . Ku hanya duduk di bangku simpanan melihat aksi rakan2ku . Aku begitu kecewa kami gagal menang ketiga-tiga perlawanan tapi itulah kenyataannya bahwa kami telah tewas namun semangat juang rakan2ku wajar dipuji kerana bukanlah mudah beraksi di padang . Meski aku gagal untuk memanaskan bangku simpanan , tapi pengalaman yang diraih sepanjang latihan dan persahabatan cukup bermakna buatku dan menjadi sebuah kenangan yang takkan ku lupa .

Mei pula tiba , Bulan yang cukup hangat dengan pilihan raya umum ke-13 . Perang Siber , perang kempen , perang fitnah , perang janji , perang video , dan bermacam-macam lagi . Aku sendiri tidak tau siapa yang harus ku sokong  tapi ku berharap siapapun yang memerintah negara akan memerintah dengan baik . Akhirnya keputusan pilihan raya diumumkan dan Barisan Nasional telah berjaya memenangi pilihan raya menewaskan Pakatan Rakyat . Sejurus itu , ada pula yang tidak puas hati mendakwa 40,000 bangla dan blackout . bermacam-macam cerita drama pilihan raya . Namun , hanya tuhan yang tau kebenarannya . tatkala keputusan diumumkan , kami pelajar sekolah ketika ini ternanti-nanti cuti peristiwa diumumkan namun tiada cuti dan akhirnya kami membuat membuat cuti sendiri . haha.. Tingkatan 5 mencipta rekod dengan hanya beberapa orang hadir ketika itu , Alfa 10 orang Beta 2 orang , Delta 4 orang , gamma 0 orang . kehadiran yang cukup sedikit dalam kalangan pelajar tingkatan 5 pada 6 mei 2013 . keh3 .. TERBAIK !

Seterusnya , peperiksaan pertengahan tahun pula menjelang . Sedar tak sedar , SPM kian hampir . Berlalunya JUN,JULAI,dan tibalah OGOS . Ramadhan menjelma lagi , sekali lagi ku bersyukur bertemu ramadhan . Akhirnya tiba pula raya , tapi agak sedih tahun akhirku di sekolah raya di sekolah hanya memakai baju sekolah dan tiada sambutan merdeka .

Cikgu Aziyana sering berkata kepadaku "DANISH , saya tengok ranking awak ni awak ni duduk atas2 jugak awak bagus jugak sebenarnya tapi silap subjek sains awak jer . please danish do something awak boleh kimia . awak rajin2la .. awak bijak kalau awak duduk bawah tu lainlah saya takleh cakap pape tapi awak ni duduk atas2 lau awak abaikan sbjek2 sains mcm kimia ni rugilah" . kata2 cikgu benar2 memberiku inspirasi untuk aku membaiki diriku . Begitu jua saat cikgu Nuar menegurku dan Mustafa . Saat itu hanya tuhan yang tau betapa luluh hatiku air mata aku menitik nitik walau ku cuba tahan tapi ia jatuh juga akhirnya ku merebahkan muka ke meja menyorakkan wajahku saat itu . Cikgu Nuar cuba memujukku dengan berkata dia hanya bergurau , namun sebenarnya apa yang dia cakap memberiku lebih semangat untuk berjaya. Aku tau dia sememangnya seorang guru yang baik . Aku hormati dia , dan aku gembira dapat guru macam dia . Jika Fizik aku A , pastinya ia satu hadiah buat cikgu Nuar . AKu tau aku tak berapa tinggi markah tapi ku cuba sedaya upayaku dan ku harap usahaku membuahkan hasil . Cikgu Aisyah pula sering berkata "jagalah tulisan DANISH , saya risau takut pemeriksa tak boleh baca tulisan awak" . Kata2nya sememangnya benar kerana sejak dulu tulisanku ibarat cacing kerewet . Terima kasih kepada cikgu Aisyah kerana mengajarku sejarah sehingga dapat A+ dalam percubaan . Suatu keputusan yang sangat tak terduga. Teache Rabi'ah pula sememangnya seorang guru yang sangat penyabar dan sporting . Aku "SALUTE" pada dia kerana walaupun usianya telah mencecah usia emas tapi dia masih di sini menabur baktinya buat kami . Dia juga tak pernah mengabaikan kesihatan suaminya yang lumpuh . Aku cukup menggagumi hatinya yang sungguh murni . Kami sering tidur dan membuat kerja lain tapi dia tak pernah marah kami . Ku akui ku juga terkadang tertidur tapi akhirnya ku sedari ketika itu dan ku cuba baiki diri agar dapat fokus dalam kelasnya . Seterusnya , Cikgu Che Wil . Cikgu Che Wil merupakan seorang guru yang cara mengajarnya cukup santai dan tiada tekanan . Dia sangat menekankan kami ilmu akhirat dan bacaan quran serta solat dhuha . Insyallah,akan aku ingati dan amalkan pesan cikgu . Cikgu Noorlida merupakan cikgu biologi , dia seorang guru yang prihatin dengan kami dan banyak bersabar dengan kerenah kami . Dia juga seorang guru yang cukup baik bagiku . Cikgu Azlan dan Irsyarudin adalah cikgu bagi ICT . CIkgu Azlan seorang yang sangat periang dan ceria bagiku manakala cikgu Irsyarudin seorang guru yang tegas . Cikgu Azlan sangat rapat denganku , dia sering memberikan perhatian kepadaku dan yakin setiap pembelajaranku . Cikgu Irsyarudin banyak mengajarku supaya mendengar arahan guru dengan baik dan menjaga disiplin diri seperti menyiapkan kerja . Cikgu Siti Rahmah merupakan guru yang sungguh berdedikasi . Dia sering memberi kata2 positif untuk aku memajukan diri dan tak pernah jemu mengajarku walau sejuta kali aku tak memahami bab sudut2 namun dia tetap ajar aku setiap kali aku tanya pada dia . Cikgu Huda pula seorang cikgu yang penuh dengan kata2 . Dia selalu menceritakan kisah2 tersendiri dan menasihati kami semua . Dia telah mengajar bahasa melayu sebaik mungkin buat kami semua . uztazah Intan mengajarku banyak erti kehidupan . Ku tau dia berdepan saat sukar kehilangan ibunya dan menghadapi dugaan tentang sikap anaknya . Ku doakan moga satu hari anaknya kan berubah , sesungguhnya ku kasihan melihat uztazah sedih kerana dia . Ku tau uztazah cuba sehabis baik namun mendidik bukanlah mudah .Uztazah merupakan guru kelas yang sangat bertanggungjawab. Cikgu Hassan pula sering memberi motivasi untuk kami agar terus berusaha dan paling ku tak  sangka dia menjadikan aku contoh kepada pelajar lain . betapa ku bersyukur kerana dia begitu menghormatiku . kesimpulannya , aku berterima kasih sekali kepada semua guru2 yang pernah mengajarku . Aku sayang sekali sama kalian , dan segala jasa takkan dapat ku balas walau setinggi gunung everest . Ilmu dan bakti yang dicurahkan sangat bermakna bagiku , tanpa kalian siapalah aku yang buta tanpa ilmu . Guru2ku kau kan selalu dalam ingatanku .

di sini jua , ku semakin rapat dengan seorang sahabat . Dia sering mendekatkanku kepada yang maha Esa . Ku bersyukur mengenali sahabat sepertinya , andai mampu ku tulis semua isi hati tapi ku tak mampu biarlah tuhan yang menentukan segalanya .

Assalamualaikum :))

No comments:

Post a Comment