Tuesday 7 February 2023

PENGALAMAN BEKERJA DALAM INDUSTRI berkaitan Kimia~~ di Kilang Farmaseutikal

 Syukur alhamdulilah,, dengan izin yang maha kuasa pada tanggal 1 September 2020 Mohammad Danish Ahnaf bin Faizul Azlan telah memulakan perjalanan karier sebagai Juruteknik Makmal dalam Jabatan Kawalan Kualiti (QAQC Department) bertempat di syarikat ini... 

Sebelum menerima tawaran pekerjaan, lebih kurang dalam 30 interview tak silap danish pergi. Sebelum tamat semester 6 lagi, Danish sudah mengemas kini resume dengan bantuan adik danish, Damia yang jua pelajar Diploma OM untuk edit sebelum danish berguru dengan Encik Shamsul pakar in HR untuk ilmu dalam bidang resume, and tips2 yang danish kenali di facebook. Kilang makanan,kilang baja, kilang pembuatan, kilang minyak pati, kilang herba, termasuklah beberapa kilang farmaseutikal termasuk Hoe,KotraPharma(Appeton),dan lain2. Dengan sedikit bantuan kewangan daripada keluarga, danish bisa ke sana kemari dengan sokongan kuat ibu terutamanya .

Akhirnya, pada pertengahan bulan ogos, Danish ditawarkan untuk Post Lab Technician dan Protege. Danish membuat keputusan memilih , Lab Technician berbanding protege kerana protege bersifat kontrak untuk membantu graduan mendapatkan pengalaman, tetapi Lab Technician akan membuatkan kita lebih banyak belajar and jawatan tetap .




Maka, dengan takdir illahi pada tanggal 1 September 2020, danish pun selamat mendaftarkan diri sebagai Juruteknik Makmal . Ya, sangat teruja untuk kali pertama berada di sini. Danish ditempatkan dalam bahagian kawalan kualiti iaitu bahagian bahan mentah. Secara spesifiknya,  seorang juruteknik makmal bahan mentah perlu melakukan persampelan dan menguji sama ada bahan mentah tersebut memenuhi spesifikasi untuk digunakan dalam sektor pembuatan ubat ubatan ataupun produk lain . 




Ok , kita mulakan cerita pasal pengalaman pasal kawan-kawan aka RODONG-RODONG. Persekitaran kawan-kawan dekat sini sangat happy go lucky. Sejujurnya , aku bersyukur sangat dikelilingi kawan yang baik baik. Walaupun depa selalu usik aku, tapi slalunye diorang "care" dekat aku. Depa dah macam family aku dah kat sini, yelakan aku ni jauhh asal pahang dorang jela penghibur aku. Kaknik seorang yang sangat meriahh, suara dia satu lab dengor , tapi kalau bab bab menasihat kak kema punya nasihat gabung kakgee abeslaa kena bebel,.. hahahahaha. Tu belum abang zul lagi,.. Zul pun satu team rawmate yang banyak membantu laa,, sifu sampling tapi tula jangan buat dia emo , kadang2 aku slalu buat dia marah hua3 tapi tula member ni sabor tinggi  , alia xyah cakapla semua tanya diaa , sifu terukss bab testingg , aliaa ni camnee aliaa aliaa , zull ni camnee zull, haaa sorang lagi kakpah ! kakpah ni masa mula2 sokmo kne petir sbab lambat sangat pickup aku ni hahahadoi tapi dye ni caring gak sbenarnye macam akak2 r enn , walaupun pernah aku ada selisih faham ngan depa tapi last2 baik jugokk.. orang kata apa carik2 bulu ayam lama lama cantum juaa.. Ok, tu belum cite pasal najwa ! dia ni allahuakbarrrrrrr sampai skarang suka r ngusik aku tapi tula dye ni jugakla slalu gak nolong klo susoh. tapi dia ni masa rodong uitm aku mle2 nak masuk paling excitedd wehhh dy hensem kee wehh hahahahahhahahahadoiii... Bro Farid, dia ni macam abang2 r pmurah pun pmurah .. tak lama lagi member ni nak kawen daa.. aku terharu sangat dia belanje baju raya wehh... . Kakgee pula bagaikan ibu-ibu yang selalu ambik tau , nasihat begitu juga dengan kak kema , haih rasa nak menangis pulak taip saatku menaip ni aku sudahpun tak berkerja lagi di sini. Aku juga mengenali member bernama Paiz, memang betul2 seorang yang gila bola , member yang jenis nolong , teringat zaman2 duk seri perantau skali dengan Hazwan jugak . Kalau cerita psal yob plak klakor tapi tula dalam kelako dye tibe2 sakit ah niayaa weh semua pakat risauuu... Tikah dan syida pun slalu jgak mnolong mse kt sana dlu. Ada sorang lagi Wan lambat masuk , aku pun tak sangka Wan yang ni haa orang beraaa masuk beteii ngan aku hahaa. Member yang betul baik r sama macam wan popo tapi wan popo jenis gilo sikit yang ni jenis kaki buku sikit hahaha tapi dua2 sahabat beb. Ada jugak sorang yang skejap je kat Hoe, Aniza. Niza ni sensitif sikit tapi tula baik jgak ngan aku. Tu tak cite geng2 QA aina,Ad,Areefa semua sporting banyak nolong. QA dengan qc macam adik beradik kat sini , kami rapat sangat dua dept ni. Teringat plak kat Nizar,Owen, walaupun depa kontrak tapi masing2 oun rapat. Semua dah bawak haluan masing2 , nizar banyak jgak tlong aku jadi sahabat aku. Bila bercerita psal kawan R&D semestinya laa paling Rapat Afiqa dan Nisa. Anisa dan Afiqa banyak weh tolong aku. Siapa sangka aku akan kenal afiqa from Nisa , semuanya sebab malam raya bagi makanan skali tu dyaa kenal belaka . Tak lupa jgak Mael , mael ni paling suka usik aku. Tapi tu ah tu, bnyk dye tlong gak , shahmi pun sama, dia n shahmi walaupun jarang ada muncul but tetap ada dalam cerita aku. Pendek kata, aku berterima kasih dekat semua orang kat Hoe . Banyak Jasa mereka. 




Ok , Next Part...

Dekat Hoe Aku diberi peluang untuk Sampling . Sebagai juruteknik makmal bahan mentah , tugas sampling adalah wajib ye gaiss . Persampelan bahan mentah mestilah dilakukan kerana kita nak test sama ada bahan mentah tersebut boleh digunakan ataupun tidak . Sifu Zul telahpun turunkan ilmu dye beb, masa mula2 masuk tu masak jugaklah sebab aku kena cepat pickup pasal sampling sebab zul isteri dye akan bersalin so aku menjadi backup penting untuk sampling masatu . Alhamdulilah, hari yang ditunggu telah tiba dan zul menjadi ayah kala aku mula berdiri di atas kaki sendiri melakukan persampelan di warehouse . 

Sampling ni kita ada barang steroid , dan barang non steroid.  kita juga ada barang aktif , dan barang tidak aktif . So, kalau barang tu steroid auto bukak semua r en. Kalau non-steroid kita ada kiraan based squareroot contohnya kalau brg tu 6 bukak 3 je. Tapi ye ah tu sampling ni penat jugak ah en nak2 kalau sorang banyak fuhhh auto koyak bhai. hahahaha. tapi kalau tak banyak bestla lepas siap boleh main pes kahkahkahkah. dulu2 nizar semangat siap awal lepastu boleh main game. 

Ok , untuk bahagian Testing pulak . For testing ni , kita kena buat Testing based on Test Protocol ataupun dipanggal Standard Test Protocol. Test Protocol bagai ni refer based yang paling latest dekat USP or BP or method in-house dalaman pun ada sebab tu kadang ada method transfer. Dekat sini, ada banyak team antaranya bahan mentah aka rawmate, stability, finish good, dan microbe. So , kalau testing ada yang kita gune physical. ada yang guna instrument . Macam contoh aku sebagai labtech rawmate kene buat smua r en test. Test dye plak bergantung kepada apa sample tu. Sebagai contoh, Xanthan Gum. Xanthan gum ni untuk parameter assay , dye kne guna UV-VIS instrument . dye ada la en tatacara semua last skli kne guna UV-VIS. So Seronok la jugak en , dekat sini aku boleh guna UV-VIS , dye macam mngingatkan zaman blajo kat uitm dlu pun siap ada lab test mende ni ngan Dr.Megat dan Encik Fauzi tapi tula tu taktau r time tu rasa susah padahal je takla susah sangat . So , nak buat UV ni kena ada blank la . Tapi Uv sini mungkin beza cara guna dekat tempat lain mungkin sama. lain tempat lain software dye. Slain daripada tu Uv pun digunakan untuk identification pun ada , benda ni based sample. 




So, itulah dia punya instrument UV-VIS. tu haa cuvette dye. 


So, selepas itu . Dekat sini jugak ada GC , ataupu nama dye Gas chromatography. GC yang dekat hoe ni adalah GC-FID which mean dia menggunakan Flame . So kena ada "API" kalau flame xleh on so gc xboleh jalan. benda ni nak pasang column fuhh payah bhai mula2 nak belajar tu tapi membe2 sini tak putus asa bhai ajar , last2 boleh jgak . Biasa korg tgk teori je en , dalam note . kalini hands on sendiri. xpun kt lab universiti , kita tak psang pun column ni biasa lab assistant tolong buat. tpi in industry ni as lab technician here kena pasang sendiri kena tau. 












So itulah contoh column dye , ha nak pilih column ni based product , and then ferrule dye ada saiz pore dye kena tengok benda tu. Ini untuk agilent punya r kalau sampai ke shimadzu lain skit. nak pasang benda tu kena silang satu panjang satu pendek menuju ke lubang cocok dalam tuuu pastu ketatkan dye. GC ni as kita tau dye biasanya untuk identify compound kan. so dalam industry ni ada guna untuk assay kadang untuk iden pun ada. Gitulaa . 


Lepas tu , aku pun belajar jugak guna HPLC . HPLC ni kira instrument paling top r kat sini kira macam orang berebut rebut nak guna gittewwww. HPLC ni digunakan for assay for banding spl and std jauh ke x ke dekat ke and untuk related substance tengok bendasing dalam sample . Dekat sini ada shimadzu dan agilent serta water. tpi yg ak bljr agilent je. biasanya korg belajar hplc ni ada jenis2 dye kan ad yg satu pump, ada yg dua, ada yg empat.  klo sini yg satu pump iaitu isocratic hanya pd hplc waters. klo agilent dengan shimadzu dua2 guna low pressure gradient with is 4 pump. binary xde. Hplc ni pun ada column dye , panjang dan pendek semuanya tergantung pada produk begitu jugak mobile phase ada yang biasa ada yang gradient klau gradient ni bermaksud korang guna dua jenis mobile phase. 




so inilah gambaran hplc tu , cedok google je ni. nk up gmbr kt company xleh ade akta privasi syarikat . hehe, dekat sini agilent hplc dan gc kita guna system client server. so segala data ni akan disimpan r ad dua pc yg control untuk 20 hplc, kdang2 tu berebut r en sorg nk proses sorg nk jalan haha. oh ye step nak guna hplc ni first skli bce TP apa smua first pasang column , flush column , then sementara tu prepare mobile phase , and then flush mobile phase , sambil tu prepare la sample korg. then terus inject, nak inject kena pastikan base line da stable, tpi tula jgn lme sngt nnti bazir mobile phase. 


lepastu ada satu instument ni. nama dye polarimeter 
benda ni kadang susah jugak nak dapat. kadang separuh hari buat benda ni je. tpi kdang senang je dapat. test dye nama optical rotation. Sucrose,sucralose,betamethasone antara sample yg ada kena buat benda ni. biasanya dye akan letak spl cmpur ngan diluent air or something else ke dalam botol dye and then masukkan dalam ni. 




dye punya botol tu lebih kurg camnila and then kita masukkan dalam instrument tu. so tula aku pun xsure sngt untuk apa sebenarnye benda ni. tapi sebenarnya polarimeter untuk carik dye punya value of optical rotation tu. from situ dalam industri farmaseutikal dyeorg boleh tgk concentration dye rawmate ingredient dye smua. Ini based on https://www.kruess.com/en/campus/polarimetry/what-is-a-polarimeter/ punya maklumat la en. 



After that, dekat sini aku pun belajar guna FTIR . haa ftir tu apa do? FTIR tu Fourier Transform Infrared Spectroscopy






FTIR ni dye guna infrared merah dalam tu untuk scanning sample, biasanya ftir ni guna untuk identification sample compare dengan standard. untuk result should 0.9 ke atas r purity dye , bermaksud dy hampir sama , klo 0.8 haa kak aireen kakpah tengok haa ngamuk r salah hahahaha. tibeee. Ada jugak sample yg guna Assay pkai instrument ni ,seperti dimethicone, simethicone, klo FG zellox antaranya



ni nama dye Karl Fisher,Water-Titrator biasanya klo instrument ni untuk check dye punya moitsture laa en untuk sample tu. dye xyh calibrate sminggu2 , just calibrate 6 bulan skali. nak calibrate dye kene inject satu solution khas r en kena lepas result semua SD kene bawah 2. 




Selain tu ada jugak instrument auto titrator, benda ni untuk buat assay r dye titratekan untuk kita. yg ni kena standardize sokmo r klo nk gne, valid standardize dy 2 mnggu je, . pakai yg cawan dye tu 


selain daripada tu banyak lagi la ada furnace,oven,rotary evaporator. Honestly memang seronok r keje sini kadang tu adela stress dye . banyak jugak sebenarnya aku belajar kat sini buat hal pun banyak. hahha. tpi alhamdulilah r survive kat sini weh and akhirnya aku mencari something new untuk develop career . Lepastu ada dapat offer a few company , company vape ada ,susu ada, but aku pilih untuk tawaran as Junior Chemist di sebuah syarikat farmaseutikal jugak. 



Dan dalam masa yang sama , alhamdulilah aku diterima sebagai ahli dalam Institut Kimia Malaysia sebagai Licintiate. Ahli dalam Institut Kimia Malaysia diiktiraf sebagai Certified Chemist (ChM.) . Syarat untuk apply ChM. ni kau kena ada degree kimia / kimia gunaan / kimia industri / kimia yang berkaitan yang membolehkan ko tak perlu jawab exam untuk apply . klo chemical enginering ataupun kos lain yg ada pengalaman kerja kimia boleh apply tapi kena jawab exam. Other than that, kena ada 3 reference utama , satu wajib tempat kerja. So , Aku berterima kasih sangat kepada 3 reference utama Puan Anisa Rasid , ChM. Puan Syamimi Zainudin , dan Juga Dr.Shaari Daud. 


selepas itu, aku pun meninggal syarikat pertama aku berkerja . Ya, agak sedih memori terlalu bermakna namun demi masa depan serta memajukan karier aku meletakkan jawatan dan berhijrah.



Hoe QC Family. Semua orang dapat bear , lastday at hoe :')


Wan Haikal , rodong yang banyak tolong aku dekat hoe sampai sekarang masih keep in touch agy r. harap2 terus berkekalan r member till jannah bahhahaha. by the way bila la ko nk kua *** ? hahahaha sayang betul ke tmpt ni yerk wan. Semoga ko bolehla jadi pengapit aku klo aku kawen nnti. 


Akak2 QC Exec . Semua dah pindah kecuali Alia , Areefa , kak afeefa


geng2 rnd


geng2 bawang rangers Kak Nik featuring arissa pun dah berhenti and kakmia and featuring the only Badar Abe Wan


Badar X geng2 juvana :D







Bro FG , Farid . Abang Long QC , kadang2 aku rasa dye ni macam abang sendiri dah. teringat masa xleh raya balik dye ni aku feel raya sampai sanggup payung baju raya harga ratus bhai. Sekarang farid kata dye ikat kontrak wan 5 tahun hahahahdoi


Team Raw Material yang ni pun sekarang dah ada orang baru. Nabila pun dah jadi business intelligence analyst , Erna dah jadi Penolong Pegawai Sains UITM Jengka , zul plak banyak iv kerajaan aku rasa dapat jugak nanti ni mamat ni , tapi tula zul dan kakpah masih setia di hoe la sekarang ni. dengan ada dua orang dak baru ganti aku ngan erna. chemist pun ada baru dah ganti nabila.


Kak Gee dan Kak Kema. dua orang ni dah macam ibu2 dekat sini. depa ni banyak care aku la sepanjang keje sini. semoga sihat2 la hendaknya. Klo danish kawen harap hangpa datangla yerk 



Maka, bermulalah episod baru pada  1 Jun 2022 sebagai Junior Chemist di syarikat lain. dekat sini HPLC dye guna shimadzu , ada yang binary , ada yang low pressure gradient , ada yang isocratic. Aku dekat sini masih department raw material . Aku pling suka bonding dak2 laki sini agak strong la . daripada segi instrument tak banyak beza sangat dengan tempat aku sebelum ni. pada November 2022, aku diberi kepercayaan untuk belajar FG testing sample FG, iaitu sample barang siap. ada barang krim,tablet,cecair, serbuk. Daripada  method testing adala benda beza sikit. And lepas testing as Junior Chemist dekat sini aku kena buat COA ( Certificate Of Analysis) 


Lepastu , if method tu expired aku kena update STP ( Standard Test Protocol). biasanya STP ni la kita guna sebagai prosedur mcmne nk test satu sample. Dekat sini ada yang ikut BP, ada yang follow USP . Kite tengok benda tu la nak update. klo sama so , kita renew jela , klo ada berubah so kite kena update ikut yang latest method. tpi kne tengok gak sesuai ke x bahan ade ke x semua2. 












Tapi aku dekat sini tak lama sangat hanya 6 bulan. Sebab aku rasa aku dah penat dengan life dekat sini and aku rasa nak try keluar daripada selangor, kalau boleh nak gi pantai timur, tambahan pulak aku rasa agak stress dan aku rasa aku pun kena cari duit kahwin dengan kereta rosak lagi macam2 hal. So, aku pun career hunting. And alhamdulilah lepastu, aku dapat offer pulak sebagai Lab Executive offshore service untuk sebuah syarikat di Terengganu. 









Maka, aku pun hantar surat resign dalam disember 2022. Maka say goodbye la untuk syarikat ini. dan aku akan mulakan hidup baru di Terengganu. 


Raw Material Team , Kak Ika as ketua memang baik giler. Kak ika ni famous sbelum masuk sini tempat lama orang dah seru2 nama dye . Akim memang adik angkat kak qila dan mawad , tapi mak tiri dye kaknoni adik tiri , ros. kahkahkah. wahida pun dah dapat offer baru dekat nilai.


Zaim Last Day memang Havoc. Zaim banyak tolong semasa di sini. Terima kasih zaim.


Semua dekat sini baik sangat tolong aku. terima kasih jejaka nori. Khai jadi reference aku nak apply keje baru pun cakap baik2 . terharunye aku. Shahrel pun tak berkira do duit semua banyak belanja makan masa aku xde duit.


QC Department of here. mampu bertahan sekejap jela dekat sini. tapi okela dapat experience as junior chemist . hehe dapat belajar banyak benda. but tula tu we need to move.



Jejaka always the best supportive ever.




Ni Aime J. member ni almost everyday r kasi tumpang aku masa kete rosak. time susoh sllu tlong trima kasih bnyk2 mat , semoga murah rezki. membe skali degree skali dpt kerja samaa daa . dye sebagai lab technician validation dekat sini. 




Slalu jugak r jalan2 ngan depa , kenangan gi Fraser Hill. Ajik sllu calling drpd dlu smpai skrg , j dah datang slangor kite angkut dye. tpi tula babai korg aku g ganu dah



ni Z. Terima kasih Z sebab hantarkan resume aku dekat company kau. And Tahniah Z kita sama2 dapat kerja lain dekat tempat berbeza tak sangka kita akan sekali sama2 hantar surat resign. Thanks Z banyak tolong. member since diploma.



Dan sekarang ni aku dah pun berkelana ke Terengganu, inshallah jumaat ni 10 Feb aku akan naik laut for first time untuk cabaran baru kerja di OFFSHORE LAB. Doakan ye , inshallah nanti aku akan ceritakan pengalaman di offshore dalam blog ni. Sebenarnya posting ni dah lama nak taip tapi belum sampai masa dan sempat. Semoga posting ni dapat membantu semua yang carik kerja , and aku nak pesan wlau teruk mana result korg , prcyelah rezeki tak salah alamat. Percaya pada rezeki. Aku dapat macam2 kerja daripada portal MyfutureJob. Inshallah edit resume elok2 , confident waktu iv, apa2 nak tanya boleh tanya ok. Sekian..



Yang Benar,

ChM. Mohammad Danish Ahnaf bin Faizul Azlan
(Alumni Sarjana Muda Kimia UITM PAHANG 2017-2020)
(Alumni Diploma Sains UITM PAHANG 2014-2016)





Tuesday 21 July 2020

JOMM KENALI : AS222 CHEMISTRY AND MANAGEMENT , SARJANA MUDA KIMIA DAN PENGURUSAN UITM dan AS202 CHEMISTRY , SARJANA MUDA KIMIA



AS222 CHEMISTRY AND MANAGEMENT , SARJANA MUDA KIMIA DAN PENGURUSAN UITM dan AS202 CHEMISTRY , SARJANA MUDA KIMIA

Sebenarnya sudah lama ingin menulis tentang blog ini namun selalunya tergendala kerana banyak hal. Alhamdulilah , aku sudahpun tamat 6 semester sarjana muda kimia di UiTM Pahang . Ok , aku nak cerita dekat sini aku adalah batch Terakhir Sarjana Muda Kimia UiTM Pahang untuk kod kos AS202 . Hal yang demikian disebabkan , AS202 telahpun dilupuskan oleh UiTM dan digantikan dijenamakan semula bertukar kod dan silibus sedikit iaitu AS222 , Sarjana Muda Kimia dan Pengurusan . Oke , apa beza sarjana muda kimia yang aku belajar sebelum ni dan sarjana muda kimia dan pengurusan yang baru ?? Bezanya ialah , waktu praktikal menjadi lebih panjang iaitu 6 bulan bersamaan satu semester sedangkan sebelumnya hanyalah 2 atau 3 bulan iaitu pada waktu cuti semester. Seterusnya, jika sebelum ini pelajar kimia di UiTM Pahang mengambil subjek minor in environment maka mereka belajar fundamental of air pollution , GIS Technology, Emission Control Technology, Solid Waste Management , Hazardous Waste Management , Hyegine Occupational and Safety , Wastewater management serta Occupational Safety and Health . Secara tak langsung ia sangat mendekatkan pelajar dengan bidang industri , melalui pendedahan dalam OSHA serta subjek2 pengurusan pelupusan bahan kimia dalam silibus . Kimia ni sebenarnya tak jauh berbeza pun dengan Kimia Gunaan , cumanya Kimia Gunaan ada subjek thermodynamic dan kualiti . Tapi , korang tetap belajar Thermodynamic tu dalam  Physical Chemistry 2 , sekarang dah gabung belaka dalam Physical Chemistry no more physical chemistry 1 and 2 . Memang chapter tu penuh dengan formula2 , korang akan rasa ala2 engineering la subjek tu . Bab2 kualiti ni ada jugak dalam OSH if not mistaken . Kualiti produk sangat penting menepati piawaan ISO90001 , takpe2 cakap lebih2 nanti taktau pulak nanti korang belajar yerk.. Lagi satu adik beradik lain, Kos Analisis Kimia(Forensik) . Kos ni pun lebih kurang tapi dia fokuskan lebih ke arah Kimia as major but minor dia pasal forensik la toksiklogi smua tu. Ok , back to topic . Untuk yang AS222 ni kimia dan pengurusan , korang akan belajar 70 percent kimia and another 25% adalah subjek2 pengurusan . UiTM buat camni untuk graduan dia bukan sahaja boleh pergi bidang sains but management , untuk kebolehpasaran lebih luas kot. Tapi tula ksian jugak korang tak dapat belajar environment en .. tapi uitm lain ada yang minor subjek2 ekonomi . Ok, Lets look to the silibus dalam poster ni






nak lagi jelas ?? boleh download kat sini  https://drive.google.com/file/d/1qN01rjrmlKAq0Cu5xEzWGA48B0Opc_hJ/view?usp=sharing

So Kimia dan Pengurusan ni sangat luas tau . If organic , korang akan belajar seadvancenye2 . Sampai 3 tahap organic tau . kalau from diploma sains yang power2 akan PC laa subjek orga 1 tros lompat orga 2 . Tapi silibus baru saya tak pasti . Then ada pulak Advanced organic Chemistry . If korang dapat UiTM Pahang , kita ada pakar organik Dr.Shaari yang sangat sporting , Dr.Aiza yang sangat details beliau ajar . Kimia organik ni korang sendiri tau kan banyakla en dia punya reaction2 , if korang persue R&D nanti after belajar , organic ni sangat penting. Koi tak bijak sangat pun banyak dapat C je tpi ngan Sir Shaari bolelah bijok sikit dapat B+ hehehe . Physical Chemistry pulak memang wajib la kanss , yang ni memang agak fizikal . Banyak formula2 nama pun FIZIKal Chemistry . so agak2 fizik sikit. kalau dak2 chemical engineering and applied chemistry kata korang tak belajar thermodynamic cakap kat dye , deyyy aku pun belajar dalam physical chemistry formula dia masyallah sisturrr hahahahahahaha .memang panjang sangat chapter thermodynamic silap2 boleh buat subjek lain . And ofkosla kens ada lab2 stiap2 sbjek ni. Kalau , UiTM Jengka tak lain tak bukan Puan Mimi lecturer kita paling ayu tapi korang janganla buat beliau marah yerk haa , beliau ni baik tau tapi haa skali ko buat pasal haa tegas laa . Ingat belajar betul2 in class. ceywahh acah2 jerp hahahahahaha..Tapi Madam mimi ni memang kalau beliau ajar aktif kelas , beliau akan panggil kau ke depan haa explain2 kau ngantuk siaplah kena. tapi aku suka sebab it makes me more easily to understanding in concept . Other than that , we also learn electrochemistry. Ni memang korang learnt details pasal galvanic,electrolytic,corrosion,instrument2 electrochemistry . ni pun Kepakaran Madam mimi bukan biasa2 boskurrr .. oh ye untuk pengetahuan korang , if UiTM Jengka madam mimi adalah penyeleras alumni kimia , Dr Shaari pula Koordinator Kimia, Sir Fazrul in charge Persatuan Kimia (CHEMSA) . Tapi taktaula if tahun korang dah bertukar . and then , Kita Belajar subjek Polymer. Polymer chain rantaian ni memang panjang tau , subjek ni amat penting untuk material industry macam poli sintetik , thermoplastik dan sebagainya . And then , you learn analytical chemistry. Analytical ni fokuskan kepada skills2 korang dalam lab and more in analysing kualitatif kuantitatif tittration semua tu pastu TLC bagai semua tu . And then spectroscopy, yang ni memang fokus instrument2 daripada segi teori praktikal , korang ada lab test tau tgk korang pandai ke tak haa handle instrument hehee . banyak la UV-VIS,FTIR,AAS,ICP-OES,HPLC, dan sebagainyala..Inorganic chemistry pulak korang akan didedahkan kumpulan2 3-12 haa , ada inor 1 inor 2 tapi skarang xsure ade lagi tak organometallic lagi satu . Madam Akmar in UiTM Jengka specialized this subjek , beliau muka macam Dynas Mokhtar tau member aku Fizi Kabor. hahahaha. Material CHemistry , subjek ni tenaga pengajarnya adalah Sir Hendrie yang juga penyelaras Latihan Industri pelajar Kimia if Kat UiTM Jengka . Subjek ni agak2 campur ngan material science in physics aliran if korang ada belajar dip in science aliran fizik , tapi ia memang betul2 kaji r komponen2 materials2 really berguna r en untuk industry . Last but not least , Environmental Chemistry. ni subjek2 berkenaan alam sekitar bagaila adala reaction2 kimia dalam kejadian alam sekitar en .. 

Basically dulu Degree in Chemistry ni 6 semester but after PC dapatlah 5 semester , tapi aku choose amek 6 semester but i am not extend k dye up to student to choose berapa nak amek for that sem and kena ada kebenaran koordinator . Tapi sekarang dah jadi 7 sem xsilap after upgraded ni maybe after PC dapatla 7. apa itu PC ? PC adalah pengecualian kredit khas untuk lepasan Diploma Sains Uitm. Dak2 matrik memang belajar fully laa. Budak2 diploma kimia industri pun ada gak PC. 



okayy.. ada UPDATE SIKIT : 22/03/21 . Danish baru dapat silibus kos AS222 daripada lecturer danish. so Hangpa boleh refer k. ada perubahan kod sikit , tapi isi dalam still ada sama.. and ada pertambahan kos . 




nak lagi jelass , boleh download dekatt :  sini https://drive.google.com/file/d/1lz_ooLFuzZwwWksqjAR9bqqXipaPjQ91/view?usp=sharing 



Oke , here my memories during my studies of Bachelor in Chemistry of UiTM Jengkalifornia Terchintaaaa











and then , of coursela kan ada FYP . Haa FYP korang ni pening2 laa sket nanti enn HAHAHA. Kena buat proposal bagai and then praktikal lab. Sesetengah SV dye bgi siap2 tajuk ke korang , sesetengah suruh korang fikir . Tapi seriously pengalaman FYP ni tak boleh di beli di mana-mana. maybe ada yang bangga xyh present fyp la apela xyh buatla , tapi en kesian doeh korang xde experience camni. adala en sorang batch kami ni haa duk peli2 kiteorg susah2 fyp dye pkp xyh wt smua2 , mungkin SV dye suap kot . Tapi yela nak nsihat skit adik2 korang dah degree ni jangan harapkan SV je , ingat kena pandai independent rjin2 jugak update ngan SV korang pasal FYP nie . Paling Penting THESIS dye punya formatting sangatlah penting . Korang bayangkan mrkah dye 80 percent your thesis . Thesis ni jugak korang kne tahu bnde ni sangat penting tau mne tahu nnti projek korang related ke company korang mohon . Janganla acuh xacuh je buat fyp . Have FUn BEb !! seriously nanti korang akan rindu gilaa weh time wat fyp kesusahan and then bila siap tu kau rse wow inilah usahaku selama ini haaa gittewww hahahaa . If korang boleh buat natural product , it is really good experience if korang nak jadi chemist r&d .

Okay, Latihan Industri . Latihan Industri ni korang pilihlah tempat terbaik . if good company spe tahu dia akan serap korang kerja terusss haa.. Praktikal ni seakan latihan macam ke arah kerjaya laa...

Lastly , aku nak share pasal kerjaya. Ok basically saat ni aku pun tengah hangat mencari kerja dan menghadiri temuduga2 . Nasihat aku, kepada bakal graduan Kimia if dah nak habis tu sebulan or dua bulan sebelum tu korang dah boleh start apply cari kerja tau. Pasal Transkrip ? Takyah risau.. guna je dulu transkrip latest korang ada. Antara peluang pekerjaan graduan Kimia adalah Chemist , assistant chemist, kualiti control , lab assistant , lab technician , chemical engineer , pegawai sains , penolong pegawai sains , kualiti assurance , dan banyak lagilah en. If kerja kerajaan korang boleh cuba di SPA , if swasta ada banyak jobstreet,indeed,futurejobs , facebook , sebagainyalah. Ingat apepun pointer korang jangan pernah give up for applying . REZKI ALLAH TENTUKAN . Inshallah if korang rajin, korang dapat kerja tu. Selain itu, peluang nak sambung Master pun ada. Nasihat aku, paling penting resume and cover letter tau.. haa jangan risau saya ada sediakan template2 khas resume korang edit je and ada contoh2 cover letter skali , boleh download sini  :
https://drive.google.com/drive/folders/1GB8_-owVk8Nca2Bxc5Wxk07OoEHd3Ykn?usp=sharing

Tapi ingat jangan jual pulak... kalau jual aku tak halal. aku bagi ni untuk kemudahan orang lain. bukan untuk keuntungan individu tau.

Update : 
Alhamdulilah, Danish dah officially kerja as Lab Technician of raw material start 1/9/20 kira2 2 bulan lepas tamat sebelum dapat result final official now dah 7 bulan alhamdulilah. inshallah pengalaman first career, akan dikongsikan dalam entry lain masih dalam penulisan agak busy untuk update hahaha. inshallah cukup stahun, perancangan danish nak apply certified ChM IKM. dan Alhamduliah 1/6/22 Danish telah mendapat kerja baru sebajagai Junior Chemist juga dalam bidang raw material in pharmaceutical. dan hasrat danish untuk apply Certified IKM pun dah tercapai alhamdulilah and sekarang ni , danish ke lab offshore pulak 1/1/23 . Untuk baca perkongsian karier dalam industri pengalaman danish , danish berkongsi di sini, https://danishahnaffaizul.blogspot.com/2023/02/pengalaman-bekerja-dalam-industri.html

Akhirul kalam, nasihat zaman belajar ni. jangan jadi macam aku terlebih bercinta akhirnya pelajaranku terabai result tak berapa baik and kena tinggal bodoh2 je . Lagi satu, hargailah masa belajar korang. Tapi ingat, jangan pernah putus asa tau walau apepun cgpa korang. If orang lain dapat lebih baik jangan kite dengki cgpa dye tu rezki dia , tpi jangan pulak kite rendah2kan dia even kte dapat kerja ke ape ke ingat apa kita dapat semua tuhan bagi . And gunakanlah ilmu kita ada untuk memacu ke arah kejayaan . Sudahkah anda bersedia menjadi CHEMIST ...???


Oh yee lupa nak bagitau , Graduan Kimia juga boleh mendaftar sebagai certified Chemist under IKM (Institut Kimia Malaysia) tanpa ada exam but ada fees dyelaa en...


Sekian.. apa2 boleh tanya danish

Whatsapp - 0142968991
Emel- danish.ahnaf@gmail.com

Yang Benar,
ChM. Mohammad Danish Ahnaf bin Faizul Azlan
(Pelajar Sarjana Muda Kimia UiTM PAHANG 2017-2020)

Wednesday 18 September 2019

Lagenda Kloriniss ~ Ata dan Kamaneka ~

PERINGATAN : Seloka Ini Tiada Kena Mengena Antara Hidup dan Mati. Cerita ini cumalah rekaan semata-mata .

Tersebutlah sebuah lagenda di Kloriniss , Kisah seorang jejaka bernama Kamenaka dan seorang gadis bernama Ata .


Di Kloriniss , lelaki yang berasal daripada Kepulauan Hawaai-Arab iaitu Kamaneka

 telahpun menyambung pengajian ke Institusi Kloriniss Berjaya Square begitu jua dengan gadis yang berketurunan Cina-Hindi-Asli , Ata .


Mereka daripada sang keluarga yang berbeza benua , namun di atas takdir yang esa suatu saat ia bertemu tanpa diduga senyuman itu pun hadir memekar di jiwa dari Ata buat Kamaneka .


Kameneka cair bagai air batu yang cair secair cairnya , namun dek kerna malu ia hanya memendamkan rasa sambil "stalk" di Instagram , hanya mampu "crush" bak kata anak muda zaman ini daripada jauh .


Ata jua menyimpan rasa perasaan yang sama kepada Kamaneka , Ata seorang yang berani ia mengorak langkah ke depan ke seribu . Kamaneka bersahabat Bersama seorang gadis bernama Shimontokko yang juga sahabat buat Ata . Tanpa diduga , Shimontokko datang ke Kloriniss di situ ia memberi nombornya buat Ata .


Ata akhirnya menegur Kamenaka secara berdepan , akhirnya menjadi akrab mata bertentang mata tak mampu ditolak akhirnya daripada mata turun ke hati . Cinta pun bersemi , menyulam sebuah percintaan antara dua benua berbeza berlainan dialek dan Bahasa . Personaliti yang berbeza menimbulkan sedikit konflik , namun beberapa purnama tetap ia tahan . Sepanjang purnama itu mereka bahagia bercekerama bersuka ria bersenang lenang ia Bersama , jua bersusah parit Bersama .


Ata jua semakin dekat Bersama keluarga sang Kamaneka kerna bonda Kamaneka sering mempelawa ia ke Kota Tidora . Ikatan jua daripada jauh menjadi semakin dekat dari tak biasa jadi alah bisa tegal biasa .


Namanya seorang manusia , tak lari daripada kelemahan tiap perhubungan itu ada pasang dan surutnya . Suatu ketika , pertengkaran antara keduanya dek kerna si Kameneka memakan dirinya akhirnya cinta itu bagai termakan bak kata Asif . Ata memutuskan hubungan percintaan mereka , dek kerna emosi dan rasa penat dengan Kamaneka jua kerna hasutan si kitol , si Toto yang selalu menjadi temannya saat itu .


Putus itu tak semudah disangka , rasa sayang itu tetap menebal dalam diri mereka . Kendatipun , Ata cuba melupakan ia mengisi masa Bersama jejaka lain namun rasa dan romantisnya tetap tidak sama . Asli Kamaneka cuma satu yang melayaninya bagai permaisuri yang dipertuan agong . 


Seorang jejaka bernama Nga yang juga rakan buat Ata sebelumnya memang rapat Bersama Nga menjadi bertambah rapat Bersama Ata mereka selalu liburan Bersama menghabiskan masa , sehingga buah mulut tentang mereka menjadi hangat di sekitar Kloriniss namun Kamaneka masih bertahankan setia mengurungkan diri dalam kesedihan .


Nga akhirnya meluahkan perasaanya yang terpendam buat Ata yang jua seorang rupawan bermata lebar , namun nyata Ata kasih sayangnya masih Bersama Kamaneka . Rasa sayang itu tetap menebal kerna cinta yang tulus bagai air yang dicincang tidak akan putus , tersimpan ia bersemadi di situ .


Ata yang menjauhkan diri tak mampu menahan rindu , ia kembali menegur Kamaneka namun perih di hatinya masih berperihkan . Begitulah timbul tenggelam kisah Kamaneka dan Ata , kejap ia muncul namun kejap ia menghilang .


Kamaneka tidak berputus asa akan segalanya , hanyalah Ake yang menjadi sahabatnya tahu setiap perih jerih dilaluinya . Kamaneka begitu menyayangi Ake sebagai sahabatnya yang selalu di sisinya namun dia tahu dia tercipta untuk Ata dan di situ dia tetap memperjuangkan cintanya . Sebalik ceritera si Ata , Ake jua punyai cerita sendiri namun Kamaneka selalu memberikan dorongan buatnya Kerna dia tahu lelaki itu pantas yang terbaik untuknya .


Di sebaliknya , Kamaneka terus menerus menunggu si Ata dan berbuat baik . Ia tetap merasa syukur akan segalanya . Kamaneka tahu segalanya berpunca daripada silapnya , ia tetap berusaha mengubah dirinya menjadi lebih baik . Kamaneka percaya pada Ata , jika positif menarik negative tapi Kamaneka sentiasa menarik Ata .


Bumi mana yang ditimpa hujan , setelah hujan akhirnya muncul Pelangi kembali mewarnai langit cinta mereka . Kamaneka dan Ata kembali "getback" , hubungan mereka begitu bahagia . Penuh Kegembiraan dan Penuh kasih sayang lebih kuat daripada sebelumnya bagai hydrogen Bond .


Jika sebelumnya , Kamaneka hanya rapat dengan adik Ata , Rapszodia tetapi setelah konvokesyen mendapat ijazah sarjana muda ia telah mengenali keluarga Ata . Hubungan Kamaneka dan keluarga ata bertambah rapat seperti isi dan kuku . Keluarga Ata jua berkenan mengunjungi keluarga Kamaneka yang bertempat di Kota Tidora tak jauh daripada Kloriniss , lalu "ice breaking" maka hubungan sesama keluarga pun terbina .


Akhirnya , Ata dan Kamaneka disatukan dengan ikatan yang sah bernama pernikahan . Kini , mereka bukan saja mencetus sebuah aliterasi tetapi membentuk asimilasi sebuah penyatuan yang begitu bermakna . Mereka dikurniakan cahaya mata yang comel , Ata telah menjadi seorang Pensyarah manakala Kameneka menjadi Seorang Ahli Kaji Makmal dan juga seorang usahawan kedai pencetakkan Bersama sepupunya , Bro Mikaneka .


Begitulah sekian cerita , Pengajarannya dalam hidup ini tak selamanya kita sedih hidup ni penuh dengan cinta , tiada apa yang lebih hebat berbanding terus asa sebuah insan ia mampu mengubahnya :))

Si Pari-Pari Sang Magika

PERINGATAN : Seloka Ini Tiada Kena Mengena Antara Hidup dan Mati. Cerita ini cumalah rekaan semata-mata .



Menyingkap logaritma kehidupan , seringkali kita ditimpa pelbagai ceritera citra yang menjadi sentuhan di relung sanubari menikam di jiwa .

Langit yang mendung , tak selamanya cerah kadang ditimpa hujan yang lebat mencurah~~ Kala Jatuhnya ke lembah ,, masih terbangunkan daripada sepi itu . Dikala , sepinya seorang Fahmi . Ia mencurahkan segala luahan ia menjadi barah dalam refleksi minda meruntun emosi .

Sang Pari-Pari , bagai plot yang tak diduga muncul hadirnya ia lengkapi kala tangis ia . Ia memberi magika seakan mengubat pilu sang Fahmi dieksprestasi pilunya .

Tawanya ia merawat luka yang berdarah , kerna sang pari-pari punyai cahaya yang menyala
menyuluhkan terangnya sebuah kehidupan . Di sana , ia mampu berbaring dan melupakan "derita" . Sang Pari-Pari itu rupanya seorang rupawan meski bukan bidadari , ia punyai naluri kebaikan menyebarkan seribu satu kasih sayang membasmi sedih melarutkan gembira .

Itulah kisah Sang Pari-Pari Bersama Fahmi , akhirnya Fahmi bangun kembali mengejar impiannya .Sang Pari terus terbang di atas awan , menjadi sahabat yang penuh cinta kala sedih ia selalu menjadi tulang belakangnya .

Monday 15 May 2017

Tentang Diploma Sains

Program Diploma Sains UiTM adalah sebuah program di bawah fakulti sains gunaan uitm . Diploma Sains mempunyai hanya 5 semester dengan 190 jam kredit . Sememangnya Diploma sains menumpukan kepada sains tulen , biologi fizik dan kimia . Di mana semasa semester 4 , pelajar harus memilih aliran mereka .  Diploma Sains Pusat Terbesar di UiTM Tapah . Selain itu turut bertempat di UiTM Jengka, Arau , Kota Kinabalu , dan Kuching .


Update : mulai intake oktober 2022, pelajar aliran sastera juga dah boleh Mohon Kos ni. Berikut merupakan perubahan syarat , dengan syarat mereka mestilah mendapat kepujian matematik,Bahasa inggeris, Dan subjek Sains. Manala pelajar aliran Sains Pula , mesti kepujian matematik/matematik tambahan, Bahasa inggeris, Dan biology/fizik/kimia/ subjek2 berkaitan Sains Berikut merupakan infografik daripada e syarat UiTM. Danish juga telah sahkan syarat ni dengan Ketua Pusat Pengajian Sains Gunaan UiTM Jengka Dr.Shaari , lecturer danish.  Jadi , ini merupakan peluang keemasan adik2 Lepasan SPM aliran sastera jika ingin sambung ke aliran Sains ! Diploma Sains boleh menjadi pembuka jalan untuk anda . Tak Salah mencuba. Tapi Ada Kos Yang tak boleh Futher sebagai contoh medic,pharmacy, dentistry Yang tetap tengok SPM punye result Sains tulen..tapi banyak lagi cabang lain korang boleh explore..Sains Tu Luas..                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                






Belajar di university bnyK  pancarobanya  .
Sebagai mahasiswa harus cekal . Bertemu kawan , cinta , bisnes , DM , lecturer semua u lumrah . pandai2 la ye adik2 Yang baru masuk u tu. Slalu orang kata dak sains ni nerd . Tapi hangpa buktikanlah hangpa nerd tapi aktif ye :D rajinkan belajar jangan repeat paper. Ramai juga jumpa jodoh kat u klau bercinta jangan abai pelajaran. Jangan give up dgn dugaan kt u , klo lemah jmpela lecturer . or blaja ngan kawan. Jagala carrymark . penting tu. Klo repeat paper pepandai susun jadual . lgi stu uitm ad penerapan. So klo hangpa dip uitm bleh serap ke degree . sekian Bebel. Hahaha. K bai.


Berikut adalah silibus course . Sem 1 hingga 5


Untuk semester 4 dan 5 ada dua aliran , biological dan fizikal .

Laluan SAINS BIOLOGIKAL

semester 4
BIO310    Introduction to Human Biology
BIO320    Introduction to Biological Diversity
CHM256  Basics Analytical Chemistry
CHM301  Organic Chemistry II
CSC134   Computers & Information Processings
STA108   Basics Statistics and Probability

total kredit = 6 subjek x 3 jam kredit = 18 kredit

semester5
BIO300   Biological Technique
BIO330   Introduction To Ecology
CHM260  Basic Instrumental analysis
CHM361  Inorganic Chemistry
ENT300  Basic Entrepreneurship

total kredit = 5 subjek x 3 jam kredit = 15 kredit

Laluan SAINS FIZIKAL

semester 4
CHM256  Basics Analytical Chemistry
PHY260   Optics and Wave
PHY310   Modern Physics
PHY340   Electronics
CSC134   Computers & Information Processings
STA108   Basics Statistics and Probability

total kredit = 6 subjek x 3 jam kredit = 18 kredit

semester5
CHM260  Basic Instrumental analysis
CHM361  Inorganic Chemistry
PHY351   Material Sciences
PHY360  Physics Laboratory ( Instrumentation and Application)
ENT300  Basic Entrepreneurship

total kredit = 5 subjek x 3 jam kredit = 15 kredit


Bagi aliran fizikal , lebih ke arah fizik . Bagi yang lebih menjurus ke arah kejuruteraan atau fizik dan mengira maka fizik adalah jalan terbaik . Bidang fizik jua menekankan tentang bahan . Pelajar didedahkan dengan fizik lebih mendalam . Malah , untuk sem akhir pelajar dikhendaki membuat projek berkaitan dan thesis untuk projek . Di sini dapat melatih pelajar membuat thesis dan bagaimana mengkonduksi projek mereka sendiri .

Bagi aliran biologi pula , lebih ke arah biologi dan kimia . Mendedahkan lebih ke arah biologi kemanusiaan serta biodiversity , malah ekologi . Malah pelajar Biologi akan ada Trip Khas untuk Subjek Biology Trip silibus pada sem 5 untuk subjek ekologi. Ini untuk mereka melihat sendiri ekologi dan mengkaji . Seperti pengalaman saya sendiri , ke Hutan Rimba kenong di Kuala Lipis menaiki hilux dan lori untuk memasuki hutan , hiking , serta bermalam di chalet . Selain itu , pelajar biologi akan masuk ke hutan untuk membuat quadrat bagi eksperimen serta eksperimen lain . Pelajar aliran biologi jua ada asas kimia lebih belajar organic 2 , yang menekankan pemahaman mengenai reaction serta sebatian terlibat . Pelajar aliran biologi jua , harus membuat projek pada sem akhir di mana melatih mereka membuat thesis dan mengkonduksi .


Walau Bagaimanapun terdapat sedikit update untuk 2019 punya silibus , ada code yang sedikit diupgrade . Bagi aliran Biologi , mereka swap BIO310 untuk part 5 dan BIO330 part 4 . Selain ada tambahan subjek , FSG Lab Management selain Projek berikut adalah silibus baru 2019 :


sumber : Banggunan Fakulti Sains Gunaan UiTM Jengka


PELUANG PEKERJAAN DIPLOMA SAINS
Diploma Sains jua mempunyai peluang dalam bidang kerjaya sendiri .
Graduan bagi program ini mempunyai skop kerjaya di dalam dalam industri tekstil atau lain-lain yang berkaitan, di antaranya:

Penolong Pegawai Penyelidik (http://www.spa.gov.my/web/guest/deskripsi-tugas/diploma2/2253)

Penolong Pegawai Sains (http://www.spa.gov.my/web/guest/deskripsi-tugas/diploma2/2178)

Penolong Pegawai Kawalan Mutu

Penolong Pengurus Makmal

Juruteknik Makmal , Quality Control ,

Pembantu Makmal 

Usahawan

sumber : https://fsg.uitm.edu.my/v1/images/stories/pdf/brochurefsg.pdf

PELUANG KE SARJANA MUDA
Diploma Sains mempunyai peluang yang sangat cerah dan besar untuk menyambung ijazah dalam bahagian sains dan teknologi , khasnya dalam sarjana muda uitm fakulti sains gunaan sendiri mempunyai 14 kos . Namun , Graduan Diploma Sains jua berpeluang untuk melanjutkan ke fakulti lain uitm lain seperti engeenering , Medic dan Lain2 dengan syarat Tertentu . Namun , ada jua kos yang tak dapat Diapply.Berikut adalah kos sarjana muda uitm untuk fakulti sains gunaan, dari diploma sains yang boleh diapply dengan syaratnya sekali .Untuk kos lain dan Sebarang perubahan syarat bergantung pada pihak UiTM boleh rujuk di e-syarat pengambilan.uitm.edu.my . untuk pengetahuan , diploma sains jua boleh ke sarjana muda fakulti sains kesihatan optometry, xray,dietetik,ot,makmal tech, Dan jua kos kritikal medic,pergigiaan,farmasi dengan syarat minima 3.75 beserta spm bio fz kimia addmath math bi B skurangnye.

SEKIAN..apa2 soalan jika tidak dibalas di sini boleh whatsapp dengan danish 0142968991. selamat maju jaya untuk adik adik :)

SARJANA MUDA SAINS (KEPUJIAN) BIOLOGI

Syarat Khas - Lepasan Diploma UiTM



CGPA 2.00

Diploma Sains, Mikrobiologi, Teknologi Makanan, Farmasi, Teknologi Makmal Perubatan

DAN

MUET Band 2 


SARJANA MUDA SAINS (KEPUJIAN) KIMIA

Syarat Khas - Lepasan Diploma UiTM

CGPA 2.00

Diploma Sains, Kimia Perindustrian, Kejuruteraan Kimia

MUET Band 2

SARJANA MUDA SAINS (KEPUJIAN) FIZIK

Syarat Khas - Lepasan Diploma UiTM


CGPA 2.00

Diploma Sains, Kejuruteraan (Elektrik / Elektronik / Mekanikal/ Awam / Kimia), 
Teknologi Polimer, Kimia Perindustrian, Teknologi Makanan, Teknologi Tekstil, 
Sains Komputer, Pengimejan Perubatan, Farmasi, Ukur Bahan, Bangunan, Ukur 
Bangunan.


DAN

MUET Band 2
SARJANA MUDA SAINS (KEPUJIAN) TEKNOLOGI PERSEKITARAN

Syarat Khas - Lepasan Diploma UiTM


CGPA 2.00

Diploma Sains, Kimia Industri, Mikrobiologi, Pengurusan Ladang, Teknologi Polimer, Teknologi Makanan, Industri Perkayuan, Tekstil, Kesihatan dan Persekitaran, Kejuruteraan Awam dan Kejuruteraan Kimia

DAN

MUET Band 2 


SARJANA MUDA SAINS (KEPUJIAN) TEKNOLOGI BAHAN

Syarat Khas - Lepasan Diploma UiTM


CGPA 2.00
Diploma bidang Sains, Kimia Perindustrian, Teknologi Polimer, Teknologi Tekstil, Teknologi Perkayuan, Kejuruteraan (Kimia,Elektrik, Awam, Mekanikal)


DAN

MUET Band 2 


SARJANA MUDA SAINS (KEPUJIAN) TEKNOLOGI POLIMER

Syarat Khas - Lepasan Diploma UiTM


CGPA 2.30
Diploma Sains, Kimia Perindustrian, Kejuruteraan Kimia

DAN

MUET Band 2


SARJANA MUDA SAINS (KEPUJIAN) SAINS BIOMOLEKUL

Syarat Khas - Lepasan Diploma UiTM


CGPA 2.00
Diploma Sains, Mikrobiologi, Teknologi Makanan, Farmasi, Teknologi Makmal Perubatan

DAN

MUET Band 2 
SARJANA MUDA SAINS (KEPUJIAN) KIMIA GUNAAN

Syarat Khas - Lepasan Diploma UiTM


CGPA 2.00 

Diploma Sains, Kimia Perindustrian, Mikrobiologi, Teknologi Polimer, Teknologi Makanan

SERTA

Lulus MUET Band 2

 

SARJANA MUDA SAINS (KEPUJIAN) SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN

Syarat Khas - Lepasan Diploma UiTM


CGPA 2.50
Diploma Sains

DAN

MUET Band 2


SARJANA MUDA SAINS (KEPUJIAN) TEKNOLOGI PERABOT

Syarat Khas - Lepasan Diploma UiTM

CGPA 2.00

Diploma Industri Perkayuan, Sains, Mikrobiologi, Teknologi Polimer, Kimia Perindustrian, Pengurusan Ladang, Kejuruteraan (Awam, Kimia, Mekanikal, Elektrik), Pengajian Perniagaan, Perakaunan, Ukur Bahan, Senilukis dan Senireka (Seni Reka Perindustrian) 

DAN

MUET Band 2 

SARJANA MUDA SAINS (KEPUJIAN) TEKNOLOGI TEKSTIL DAN TEKNOLOGI FESYEN
Syarat Khas - Lepasan Diploma UiTM

CGPA 2.00

Diploma Teknologi Tekstil, Teknologi Polimer, Kimia Perindustrian, Sains, Kejuruteraan (Elektrik/ Mekanikal/ Kimia)

DAN

MUET Band 2 

SARJANA MUDA SAINS (KEPUJIAN) FIZIK INDUSTRI
Syarat Khas - Lepasan Diploma UiTM

CGPA 2.00

Diploma Sains, Kejuruteraan (Elektrik / Elektronik / Mekanikal/ Awam / Kimia), Teknologi Polimer, Kimia Perindustrian, Teknologi Makanan, Teknologi Tekstil, Sains Komputer, Pengimejan Perubatan, Farmasi, Ukur Bahan, Bangunan, Ukur Bangunan

DAN MUET BAND 2

SARJANA MUDA SAINS (KEPUJIAN) KIMIA (ANALISIS FORENSIK)

Syarat Khas - Lepasan Diploma UiTM

CGPA 2.00

Diploma Sains, Kimia Perindustrian, Mikrobiologi

DAN MUET BAND 2


SARJANA MUDA SAINS (KEPUJIAN) TEKNOLOGI MARIN
 

Syarat Khas - Lepasan Diploma UiTM

CGPA 2.00

Diploma dalam bidang Sains dan Teknologi
DAN
Tidak cacat anggota yang menyukarkan kerja amali
DAN
Lulus temu duga yang dikendalikan oleh Fakulti Sains Gunaan

DAN

MUET Band 2 

 



Untuk apa2 pertanyaan boleh whatsapp/call danish 014-2968991 . Ataupun emel danish.ahnaf@gmail.com. tapi kalau tak dapat call Tu sorry maybe danish kat laut 🤣 xde line

Yang Benar,

ChM. Mohammad Danish Ahnaf

Alumni Diploma Sains UiTM Pahang (2014-2016)

 

 

 

 

 

 

 



Monday 25 April 2016

sekelumit kenangan dirasa sem4 dalam as1204A~

Selamat Tengahari semua

Hari yang mendung , selalunya kala masa ini pastinya matahari tegak di atas kepala . Tapi hari ini seakan hari yang istimewa , mungkin rahmat hujan akan membasahi mungkin di Kota Kelapa Sawit , Bandar Jengka .

Semester 4 , hari ini ingin aku singkap kenangan aku berada dalam kelas baru semester 4 yang lalu .

Dilema memilih biologi dan fizik , akhirnya telah aku rungkai dengan memilih biologi . Keputusan saat akhir menukar keputusan memilih biologi kerna istikharah hati membuat aku ke jalan ini .

Aku membuat keputusan mencari haluan baru , setelah seribu kenangan dalam kelas C yang cukup menggamit sejuta memori yang masih bermain di benak serebrum sukar untuk aku lupakan mungkin menjadi memori yang masih membelenggu .

Mengikuti Am , aku mengikuti , dan akhirnya dia memilih AS1204A , di situ jua Aku bertemu Azri,Syakir, . Ainaa Azamri , Mekna , jua menjadi sebahagian dari kelas ini .

Banyak jua orang baru yang aku kenali dalam kelas yang baru ini , tak kurang jua yang sudah kenal . Setiap Kelas ada ceritanya sendiri , bukan semua bisa menerima kita atau mengeji kita . Walau aku bukanlah sebahagian dari sekelompok mereka tapi dapat jua menerima diri ini untuk berteman bersama mereka .

Saat paling pahit apabila saat aku bertanyakan dalam kelas ANATOMI , aku dikecam oleh seseorang walhal niat suciku hanyalah ingin menuntut ilmu tapi difikirnya aku bagaikan Seorang Pria yang tak senonoh seakan syaitan bersarang nafsu melonjak . Ilmu yang aku pelajari bukanlah sekadar di pinggiran hanya untuk diguna di dewan peperiksaan , tapi jua untuk hari esok kerna itulah aku bersungguh-sungguh ingin tahu kerna itulah saat terbaik untuk mengetahui apa yang tersirat tidak pernah diketahui atau difikirkan sejenak fikiran ini . Apakan daya aku , jika aku yang bersalah biarlah aku yang mengalah meminta maaf dalam group "WHATSAPP" ,, tapi aku terharu sejujurnya terharu bagiku ia jua saat yang manis apabila ramai kawan-kawan tak kira perempuan atau lelaki "PM" menghantar pesanan agarku bersabar serta  mempertahankan aku , tersentuh rasanya apabila ramai yang prihatin dengan aku yang diserang bertubi-tubi bagaikan terkena panahan peluru yang begitu menusup namun askar pertahanan mereka pun menurunkan para sukarelawan membantu merawat aku yang terluka seperti kawan-kawan yang datang kala aku begitu "down" tika itu .

Sebenarnya hasratku tersangat ingin membuat jamuan untuk kelas ini tapi kala aku bertanya hanya seorang-dua yang "respond" buat aku rasa kecewa , sejujurnya aku ingin meraikan mereka tapi mungkin masa jua mencemburui . Terpaksalah aku leburkan saja hasrat terbuku di hati ini .

Aku sering berantam dengan Tia di kelas , tapi akhirnya pasti kami akan berbaik bagaikan carik bulu ayam yang lama bercantum jua ibarat kawan "bergaduh" rasanya . Andai Nana sudah pasti menjadi kawan paling akrab untuk aku bertukar ceritera , ceritanya tak pernah habis , dengan gosipnya dengan Sir Fansuri malah plot dia dengan Jejaka semi pro Dota menjadi cerita yang tak pernah sudah .

Tapi.... aku tetap rindu dengan rodong2 lama , dan tetap rindu dengan bayangan dia dalam kelas ...

Aku cuba masuk dengan semua dalam kelas ,, mencuba menolong jika aku mampu . Malah , tika di pagi hari secara tiba-tiba Farah menelifon meminta tolong mengambilnya di Hospital dek kerana patahnya kakinya . Aku tanpa memikirkan terus memikir solusi untuk menolong , akhirnya ibu jua sudi menolong .

Farah aku rasakan seorang yang sangat pintar , tapi sayang aku hanya sempat berguru sekali saja . Syakir seorang yang sangat pemurah , tak pernah berkira jika aku menumpangnya sungguh mulia hatinya . Azu , seorang yang "friendly" jua dengan teman-temannya jannah,sera,sera . Asyik bertanya soalan sama , siapakah rama-rama sehingga terjawab depan matanya .

Begitulah ceriteranya , apapun terima kasih buat semua pensyarah yang mengajar mencurah segala ilmu buat aku dan kawan-kawan2 semua , terima kasih jua buat semua kawan2 yang menjadi classmate sepanjang semester 4..

Jumpa semester 5 , aku belum fikir nak kelas mana sem depan :'(