Saturday 7 December 2013

Banjir menenggelamkan Bumi ~~

Ku tuliskan lirik lagu

buat luahan rasaku

sedang hujan membasahi bumi

sedang itu banjir kian parah



air mataku menitis

rasa pilu tak dapat disembunyi

melihat mangsa banjir

tenggelam dalam limpahan air



risau,risau,risau

memikirkan dia sahabatku di sana

hanya mampu ku kirim doa

agar kamu kan selalu dilindunginya



di ruang kamar ku selesa

tapi entah bagaimana

nasibmu di sana

tiada khabarmu

ku risau


walaumu hanya sahabat

tapi sayangku  terbit pada setiap sahabat

pintaku dalam doa

agar kau selalu selamat


tika banjir menenggelamkan daratan


suara politik masih berkumandang

manakah hilangnya erti kemanusiaan...???

Usahlah tuding jari sana sini berganding bahulah..


Sebagai satu negara ayuhlah
bersama2 kita doa
bukan berkelahi

ujian tuhan
kita insafi
bukan merungut



ya Allah..
Selamatkanlah mereka di sana dalam banjir..

Apa yang bisa ku tolong
hanyalah doa..





Doa untuk elakkan banjir
Banjir di Taman Jengka Impian,Bandar Jengka
Sekitar di Megamall Kuantan
banjir yang kian teruk di Kuantan

Kolej Matrikulasi Jengka turut dilanda banjir
Aras sungai meningkat di Temerloh menyebabkan esplanade Temerloh tenggelam

Keadaan di sebahagian pusat pemindahan yang dinaiki banjir
Keluarga2 yang beristirehat di pusat pemindahan banjir di Dungun,Terengganu
Air yang melimpah ke sepanjang jalan Lebuhraya Pantai Timur
Stadium Mini Temerloh seperti sawah padi penuh dengan air banjir
Banjir di Jengka 6
Felda Ulu Jempol turut terkena tempias banjir
padang bola di Jengka 11 yang menjadi kolam kerana banjir
Pengantin baru yang bersanding atas bot di Jenderak Utara,Kuala Krau
Simpang Jengka 8 tenggelam
pelbagai ikan didapati dalam takungan air banjir di Taman Bandar , Temerloh
Pengantin baru di Kampung Sawah,Pekan
Felda Jengka 14 turut dinaiki air
Jalan Bandar Jengka-Ulu Jempol yang dipenuhi air banjir
Gambang Waterpark turut mengalami banjir
Permandangan banjir di Bandar Kemaman yang tenggelam
Pencawang eletrik di Kuantan terjejas kerana tenggelam dalam banjir
Tekam Plantation Resort juga banjir
Felda Kota Gelangi 2 dan 3 yang terputus hubungan dengan jalan utama kerana banjir
Asrama Siswi UiTM Jengka turut banjir
Sungai Lembing dipenuhi dengan air banjir
Banjir di Jengka 1
Jambatan di Kemaman patah kerana aliran air banjir yang terlalu laju
Sungai Isap Tenggelam
Air Putih , Kuantan juga tenggelam sepenuhnya
Matau,Jengka turut banjir
Triang juga banjir di sana
Pusat pemindahan di Dungun yang mempunyai Khemah tersendiri
walau kita berbeza pandangan politik,bersamalah membantu mangsa banjir
Keajaiban Allah di mana masjid tidak tenggelam ketika semua tenggelam di Sungai Isap,Kuantan
Si kucing comel menyelamatkan dirinya








No comments:

Post a Comment