Saturday 7 November 2015

Bulan menunggu bintang dan sakura yang berdepan cuaca tak menentu~

Hendak mengarang apa lagi , hendak aku taipkan pada malam yang sepi ini .  Angin pun bertiup sayu kala malam pun semakin larut dengan bersaksikan bintang penuh cerah ditemani bulan malangnya bintang seakan hilang selepas hujan . Ibaratnya apabila , cik bintang yang menghiasi cakrawala kala malam aku pun hilang berlalu begitu saja . Sang bulan pun menunggu si bintang tapi ternyata hujan melanda maka tiadalah sang bintang pun mahu berkerlipan dan malam pun berlalu hanyalah kesepian melanda  .

Sang bulan hanya mampu berharap bila akan sang bintang untuk bersinar bersamanya untuk menerangi bumi biar malam dipenuhi cahaya ultra bukan sekadar biasa tapi gerhana yang mampu mengilaukan tapi apakan daya , mungkin sang bulan terpaksa bersendiri untuk kala ini .

Manusia bilamana dia akan pergi , dia akan pergi . Tak kira siapa atau ketika , hanyalah tuhan yang selalu ada di samping kita . Ibarat datangnya , sebuah pelangi yang munculnya seketika tapi apabila hujan maka hilanglah .

Mungkinkah debunga sakura pula akan gugur , setelah ia berbunga . Si Peladang bingung hormon apakah harus dia isi untuk menyuburkan ladang yang sudah dia hiasi dengan pelbagai sayuran dan buahan biar subur . Adakah dia perlu menyuntik hormon Auksin , untuk menggandakan tanamannya iaitu menggandakan usahanya untuk memastikan sakura itu terus subur biar ia tak mati dek cahaya matahari yang kala ada kala tiada ibarat cuaca yang tak menentu kala panas dan hujan seperti manusia kala ada kala tiada . Tengkujuh mungkin menjadikan debunga itu layu , namun adakah debunga itu akan terus bertahan dan kembali mekar meranum mewangi di taman itu ..?

No comments:

Post a Comment