Monday 15 May 2017

Tentang Diploma Sains

Program Diploma Sains UiTM adalah sebuah program di bawah fakulti sains gunaan uitm . Diploma Sains mempunyai hanya 5 semester dengan 190 jam kredit . Sememangnya Diploma sains menumpukan kepada sains tulen , biologi fizik dan kimia . Di mana semasa semester 4 , pelajar harus memilih aliran mereka .  Diploma Sains Pusat Terbesar di UiTM Tapah . Selain itu turut bertempat di UiTM Jengka, Arau , Kota Kinabalu , dan Kuching .


Update : mulai intake oktober 2022, pelajar aliran sastera juga dah boleh Mohon Kos ni. Berikut merupakan perubahan syarat , dengan syarat mereka mestilah mendapat kepujian matematik,Bahasa inggeris, Dan subjek Sains. Manala pelajar aliran Sains Pula , mesti kepujian matematik/matematik tambahan, Bahasa inggeris, Dan biology/fizik/kimia/ subjek2 berkaitan Sains Berikut merupakan infografik daripada e syarat UiTM. Danish juga telah sahkan syarat ni dengan Ketua Pusat Pengajian Sains Gunaan UiTM Jengka Dr.Shaari , lecturer danish.  Jadi , ini merupakan peluang keemasan adik2 Lepasan SPM aliran sastera jika ingin sambung ke aliran Sains ! Diploma Sains boleh menjadi pembuka jalan untuk anda . Tak Salah mencuba. Tapi Ada Kos Yang tak boleh Futher sebagai contoh medic,pharmacy, dentistry Yang tetap tengok SPM punye result Sains tulen..tapi banyak lagi cabang lain korang boleh explore..Sains Tu Luas..                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                






Belajar di university bnyK  pancarobanya  .
Sebagai mahasiswa harus cekal . Bertemu kawan , cinta , bisnes , DM , lecturer semua u lumrah . pandai2 la ye adik2 Yang baru masuk u tu. Slalu orang kata dak sains ni nerd . Tapi hangpa buktikanlah hangpa nerd tapi aktif ye :D rajinkan belajar jangan repeat paper. Ramai juga jumpa jodoh kat u klau bercinta jangan abai pelajaran. Jangan give up dgn dugaan kt u , klo lemah jmpela lecturer . or blaja ngan kawan. Jagala carrymark . penting tu. Klo repeat paper pepandai susun jadual . lgi stu uitm ad penerapan. So klo hangpa dip uitm bleh serap ke degree . sekian Bebel. Hahaha. K bai.


Berikut adalah silibus course . Sem 1 hingga 5


Untuk semester 4 dan 5 ada dua aliran , biological dan fizikal .

Laluan SAINS BIOLOGIKAL

semester 4
BIO310    Introduction to Human Biology
BIO320    Introduction to Biological Diversity
CHM256  Basics Analytical Chemistry
CHM301  Organic Chemistry II
CSC134   Computers & Information Processings
STA108   Basics Statistics and Probability

total kredit = 6 subjek x 3 jam kredit = 18 kredit

semester5
BIO300   Biological Technique
BIO330   Introduction To Ecology
CHM260  Basic Instrumental analysis
CHM361  Inorganic Chemistry
ENT300  Basic Entrepreneurship

total kredit = 5 subjek x 3 jam kredit = 15 kredit

Laluan SAINS FIZIKAL

semester 4
CHM256  Basics Analytical Chemistry
PHY260   Optics and Wave
PHY310   Modern Physics
PHY340   Electronics
CSC134   Computers & Information Processings
STA108   Basics Statistics and Probability

total kredit = 6 subjek x 3 jam kredit = 18 kredit

semester5
CHM260  Basic Instrumental analysis
CHM361  Inorganic Chemistry
PHY351   Material Sciences
PHY360  Physics Laboratory ( Instrumentation and Application)
ENT300  Basic Entrepreneurship

total kredit = 5 subjek x 3 jam kredit = 15 kredit


Bagi aliran fizikal , lebih ke arah fizik . Bagi yang lebih menjurus ke arah kejuruteraan atau fizik dan mengira maka fizik adalah jalan terbaik . Bidang fizik jua menekankan tentang bahan . Pelajar didedahkan dengan fizik lebih mendalam . Malah , untuk sem akhir pelajar dikhendaki membuat projek berkaitan dan thesis untuk projek . Di sini dapat melatih pelajar membuat thesis dan bagaimana mengkonduksi projek mereka sendiri .

Bagi aliran biologi pula , lebih ke arah biologi dan kimia . Mendedahkan lebih ke arah biologi kemanusiaan serta biodiversity , malah ekologi . Malah pelajar Biologi akan ada Trip Khas untuk Subjek Biology Trip silibus pada sem 5 untuk subjek ekologi. Ini untuk mereka melihat sendiri ekologi dan mengkaji . Seperti pengalaman saya sendiri , ke Hutan Rimba kenong di Kuala Lipis menaiki hilux dan lori untuk memasuki hutan , hiking , serta bermalam di chalet . Selain itu , pelajar biologi akan masuk ke hutan untuk membuat quadrat bagi eksperimen serta eksperimen lain . Pelajar aliran biologi jua ada asas kimia lebih belajar organic 2 , yang menekankan pemahaman mengenai reaction serta sebatian terlibat . Pelajar aliran biologi jua , harus membuat projek pada sem akhir di mana melatih mereka membuat thesis dan mengkonduksi .


Walau Bagaimanapun terdapat sedikit update untuk 2019 punya silibus , ada code yang sedikit diupgrade . Bagi aliran Biologi , mereka swap BIO310 untuk part 5 dan BIO330 part 4 . Selain ada tambahan subjek , FSG Lab Management selain Projek berikut adalah silibus baru 2019 :


sumber : Banggunan Fakulti Sains Gunaan UiTM Jengka


PELUANG PEKERJAAN DIPLOMA SAINS
Diploma Sains jua mempunyai peluang dalam bidang kerjaya sendiri .
Graduan bagi program ini mempunyai skop kerjaya di dalam dalam industri tekstil atau lain-lain yang berkaitan, di antaranya:

Penolong Pegawai Penyelidik (http://www.spa.gov.my/web/guest/deskripsi-tugas/diploma2/2253)

Penolong Pegawai Sains (http://www.spa.gov.my/web/guest/deskripsi-tugas/diploma2/2178)

Penolong Pegawai Kawalan Mutu

Penolong Pengurus Makmal

Juruteknik Makmal , Quality Control ,

Pembantu Makmal 

Usahawan

sumber : https://fsg.uitm.edu.my/v1/images/stories/pdf/brochurefsg.pdf

PELUANG KE SARJANA MUDA
Diploma Sains mempunyai peluang yang sangat cerah dan besar untuk menyambung ijazah dalam bahagian sains dan teknologi , khasnya dalam sarjana muda uitm fakulti sains gunaan sendiri mempunyai 14 kos . Namun , Graduan Diploma Sains jua berpeluang untuk melanjutkan ke fakulti lain uitm lain seperti engeenering , Medic dan Lain2 dengan syarat Tertentu . Namun , ada jua kos yang tak dapat Diapply.Berikut adalah kos sarjana muda uitm untuk fakulti sains gunaan, dari diploma sains yang boleh diapply dengan syaratnya sekali .Untuk kos lain dan Sebarang perubahan syarat bergantung pada pihak UiTM boleh rujuk di e-syarat pengambilan.uitm.edu.my . untuk pengetahuan , diploma sains jua boleh ke sarjana muda fakulti sains kesihatan optometry, xray,dietetik,ot,makmal tech, Dan jua kos kritikal medic,pergigiaan,farmasi dengan syarat minima 3.75 beserta spm bio fz kimia addmath math bi B skurangnye.

SEKIAN..apa2 soalan jika tidak dibalas di sini boleh whatsapp dengan danish 0142968991. selamat maju jaya untuk adik adik :)

SARJANA MUDA SAINS (KEPUJIAN) BIOLOGI

Syarat Khas - Lepasan Diploma UiTM



CGPA 2.00

Diploma Sains, Mikrobiologi, Teknologi Makanan, Farmasi, Teknologi Makmal Perubatan

DAN

MUET Band 2 


SARJANA MUDA SAINS (KEPUJIAN) KIMIA

Syarat Khas - Lepasan Diploma UiTM

CGPA 2.00

Diploma Sains, Kimia Perindustrian, Kejuruteraan Kimia

MUET Band 2

SARJANA MUDA SAINS (KEPUJIAN) FIZIK

Syarat Khas - Lepasan Diploma UiTM


CGPA 2.00

Diploma Sains, Kejuruteraan (Elektrik / Elektronik / Mekanikal/ Awam / Kimia), 
Teknologi Polimer, Kimia Perindustrian, Teknologi Makanan, Teknologi Tekstil, 
Sains Komputer, Pengimejan Perubatan, Farmasi, Ukur Bahan, Bangunan, Ukur 
Bangunan.


DAN

MUET Band 2
SARJANA MUDA SAINS (KEPUJIAN) TEKNOLOGI PERSEKITARAN

Syarat Khas - Lepasan Diploma UiTM


CGPA 2.00

Diploma Sains, Kimia Industri, Mikrobiologi, Pengurusan Ladang, Teknologi Polimer, Teknologi Makanan, Industri Perkayuan, Tekstil, Kesihatan dan Persekitaran, Kejuruteraan Awam dan Kejuruteraan Kimia

DAN

MUET Band 2 


SARJANA MUDA SAINS (KEPUJIAN) TEKNOLOGI BAHAN

Syarat Khas - Lepasan Diploma UiTM


CGPA 2.00
Diploma bidang Sains, Kimia Perindustrian, Teknologi Polimer, Teknologi Tekstil, Teknologi Perkayuan, Kejuruteraan (Kimia,Elektrik, Awam, Mekanikal)


DAN

MUET Band 2 


SARJANA MUDA SAINS (KEPUJIAN) TEKNOLOGI POLIMER

Syarat Khas - Lepasan Diploma UiTM


CGPA 2.30
Diploma Sains, Kimia Perindustrian, Kejuruteraan Kimia

DAN

MUET Band 2


SARJANA MUDA SAINS (KEPUJIAN) SAINS BIOMOLEKUL

Syarat Khas - Lepasan Diploma UiTM


CGPA 2.00
Diploma Sains, Mikrobiologi, Teknologi Makanan, Farmasi, Teknologi Makmal Perubatan

DAN

MUET Band 2 
SARJANA MUDA SAINS (KEPUJIAN) KIMIA GUNAAN

Syarat Khas - Lepasan Diploma UiTM


CGPA 2.00 

Diploma Sains, Kimia Perindustrian, Mikrobiologi, Teknologi Polimer, Teknologi Makanan

SERTA

Lulus MUET Band 2

 

SARJANA MUDA SAINS (KEPUJIAN) SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN

Syarat Khas - Lepasan Diploma UiTM


CGPA 2.50
Diploma Sains

DAN

MUET Band 2


SARJANA MUDA SAINS (KEPUJIAN) TEKNOLOGI PERABOT

Syarat Khas - Lepasan Diploma UiTM

CGPA 2.00

Diploma Industri Perkayuan, Sains, Mikrobiologi, Teknologi Polimer, Kimia Perindustrian, Pengurusan Ladang, Kejuruteraan (Awam, Kimia, Mekanikal, Elektrik), Pengajian Perniagaan, Perakaunan, Ukur Bahan, Senilukis dan Senireka (Seni Reka Perindustrian) 

DAN

MUET Band 2 

SARJANA MUDA SAINS (KEPUJIAN) TEKNOLOGI TEKSTIL DAN TEKNOLOGI FESYEN
Syarat Khas - Lepasan Diploma UiTM

CGPA 2.00

Diploma Teknologi Tekstil, Teknologi Polimer, Kimia Perindustrian, Sains, Kejuruteraan (Elektrik/ Mekanikal/ Kimia)

DAN

MUET Band 2 

SARJANA MUDA SAINS (KEPUJIAN) FIZIK INDUSTRI
Syarat Khas - Lepasan Diploma UiTM

CGPA 2.00

Diploma Sains, Kejuruteraan (Elektrik / Elektronik / Mekanikal/ Awam / Kimia), Teknologi Polimer, Kimia Perindustrian, Teknologi Makanan, Teknologi Tekstil, Sains Komputer, Pengimejan Perubatan, Farmasi, Ukur Bahan, Bangunan, Ukur Bangunan

DAN MUET BAND 2

SARJANA MUDA SAINS (KEPUJIAN) KIMIA (ANALISIS FORENSIK)

Syarat Khas - Lepasan Diploma UiTM

CGPA 2.00

Diploma Sains, Kimia Perindustrian, Mikrobiologi

DAN MUET BAND 2


SARJANA MUDA SAINS (KEPUJIAN) TEKNOLOGI MARIN
 

Syarat Khas - Lepasan Diploma UiTM

CGPA 2.00

Diploma dalam bidang Sains dan Teknologi
DAN
Tidak cacat anggota yang menyukarkan kerja amali
DAN
Lulus temu duga yang dikendalikan oleh Fakulti Sains Gunaan

DAN

MUET Band 2 

 



Untuk apa2 pertanyaan boleh whatsapp/call danish 014-2968991 . Ataupun emel danish.ahnaf@gmail.com. tapi kalau tak dapat call Tu sorry maybe danish kat laut 🤣 xde line

Yang Benar,

ChM. Mohammad Danish Ahnaf

Alumni Diploma Sains UiTM Pahang (2014-2016)