Wednesday 13 February 2013

anak saudara atau sahabat karib ?

Meniti hari ke hari , akhirnya febuari telah datang kembali . tika senja kian menjelang , telefonku berdering dan ku mengangkat dan mendengar cerita daripada kawanku . Ceritanya begini , anak saudaranya merajuk hati apabila melihat dirinya lebih rapat dengan rakan karibnya . Hatinya benar sungguh cemburu bagai dihiris dengan sembilu . Sayu sekali ku membaca status anak saudaranya . Namun bukan salah dirinya , sudah lumrah kehidupan begitu apatah  lagi sahabat karib ??

Friday 8 February 2013

HemmMmmMmm~~

Berlalunya hari2 lalu yang begitu cepat berlalu , seakan baru saja darjah 1 tapi kini sudah dewasa mengecapi tingkatan 5 pada tahun 2013 . Ku mulakan 2013 dengan air mata yang berlinangan ditinggalkan dia yang meminta hubungan dengannya dihentikan kerna alasannya mahu belajar , ku sangat kecewa dengannya dan ku tabah mengharunginya dan lama kelamaan rasa rindu mulai hadir tapi akhirnya rasa itu pudar jua dibaluti kecewa kasih sayang semakin lenyap tidak ku pinta semua ini namun akhirnya salah faham kerana saudaraku akhirnya membawa kepada perpisahan yang sebenarnya yang diminta dirinya .

 HeMmMM.... rasa sesalaan terhadap silapku terhadap ayahku buatku rasa sangat sedih andainya masa itu diputar inginku ubah semuanya ku ingin balas jasanya yang menatangku bagai minyak penuh . Tak lama lagi , ayahku akan berpindah tempat kerja di Nilai . Hemm... Pastinya ibuku dan ayahku menggalas tanggungjawab berat untuk membesarkanku dan adik beradikku . Lihat saja peluh yang membasahi lelah usaha mereka . Ya Allah , aku amat berharap dapat membalas jasa ibu dan ayahku . sesungguhnya mereka sangat ku sayangi .

Bercerita tentang perihal sekolah , tahun ini ku sedikit hampa kerna tak dapat duduk dengan kawan sebelahku tahun lepas yang rapat denganku , tetapi mendapat kawan sebelah yang tak aku rapat dan sukar untukku berbual mesra dengannya tapi aku terima dan cuba untuk menjadi kawan yang baik pada semua walau ku tau dia dipulau oleh sebahagian besar rakanku yang lain dalam kelas tersebut . Alhamdulilah , setakat ini semua pembelajaran berjalan lancar malahan mata pelajaran seperti Fizik , Add math , dan math semakin dapat ku fahami dengan izinnya dan penyampaian daripada guru . Namun , ku akui ku terkejut dengan dakwaan seorang guru bahawa aku KHAYAL di dalam kelas walhal aku dalam kelas adalah pelajar yang aktif selalu "alert" ketika belajar namun ku sedikit senyap pada masa MATH dan ADD MATH kerana kurang kepakaranku dalam math namun tak bererti aku khayal . Tapi tak mengapa ku bertekad ingin buktikan yang aku boleh dalam MATH DAN ADD MATH serta FIZIK BIO KIMIA !

Hari2 tuisyen Malam di Pusat TAHFIZ dalam subjek BI , MATH , ADD ADD MATH , FIZIK , BIO cukup mengujakan . Namun , bagi aku kelas MATH dan ADD MATH paling terbaik !! cikgunya cukup menghiburkan , melucukan , tak jemu belajar bersamanya . Otakku juga semakin berkembang dengan pengajian add math dan math di kelas tersebut .

Siapa sangka dorongan seorang sahabat aku akhirnya mendorongku hadir dalam pemilihan bola sepak bawah 18 tahun dan ku memilih posisi sebagai penjaga gol . Niatku sebenarnya hanyalah ingin sekadar mengisi masa tapi andainya dapat ku takkan siakan peluang yang ada malahan peluangku sangat cerah kerana hanya dua orang penjaga gol yang ada ketika ini . Peluangku untuk tersenarai hampir pasti sebagai simpanan namun ku tak mahu mengambil mudah sebaliknya tetap usaha yang terbaik . Saat pertama kali bermain dalam perlawanan persahabatan hatiku sangat gementar tapi segalanya ku lalui dengan sabar dan akhirnya ku berjaya melaluinya dengan baik biarpun bolos pada mulanya tapi ku bangkit menahan asakan pasukan lawan . Tiba separuh masa kedua , aku minta digantikan kerana aku ingin beri peluang kepada rakanku juga untuk beraksi sebagai penjaga gol dan dia juga bolos satu gol sama sepertiku . Ketika hendak pulang , ku diberi hadiah sarung tangan ikhlas dari seorang guru dan ku sangat menghargainya akan ku usaha sungguh2 demi SMKJP TERCINTA <3 haahaa//(SIMPANAN JE PUN) hahaa...

begitulah kisah yang tercoret dalam hidupku sepanjang januari dan awal febuari 2013 ini .. :))