Monday 4 July 2011

cepatnyer masa berlalu~~~~~~~~

Masa telah berlalu dengan begitu sahaja , dan tanpa ku sedari Pelbagai kenangan telah tercipta sepanjang dua bulan ini . Sudah dua bulan aku tidak UPDATE blog ini . Namun , aku ingin kongsikan pengalamanku di EDU CAMP akhir bulan May dan awak bulan jun yang lepas , kem ini benar2 menyeronokkan di sini semuanya dilakukan secara bersama2 . Setelah pulang dari kem , pada 1 Jun 2011 aku membuka telefonku dan ku dikejutkan dengan masej Kakak angkatku yang memutuskan pertalian angkatnya denganku .. Petang itu , aku dikejutkan lagi dengan kemalangan rakan karibku yang sememangnya mengejutkan diriku . Tangannya retak , begitulah yang dinyatakan doktor . Akhirnya kakak angkatku , menarik balik keputusannya untuk memutuskan talian angkat kami . Minggu kedua cuti bulan Jun pula , aku sekali mencipta kenangan di Kursus Mokhdar yang ku hadiri selama 5 hari di SMK Jengka Pusat 2 dan ku menimba ilmu bersama rakan2 baruku . Paling tidak boleh dilupakan , apabila aku kacau orang yang duduk depan aku guna telefon dia tak tahu , hahahaa...... Namun Cuti ini tidaklah begitu indah seperti yang disangkakan , ku rasakan pada cuti kali ini aku kian jauh dengan dirinya sahabatku . Keputusan peperiksaan telahpun keluar dan aku mendapat keputusan yang teruk juga dengan mendapat 1A4B2C1E . Keputusan E Matematik masih menghantui diri ini , namun ku takkan berputus asa untuk terus belajar demi mendapat keputusan yang lebih cemerlang dan masa masih ada buatku untuk memperbaiki kelemahanku dalam subjek matematik ini . Aku yakin dan percaya Allah akan menolong diriku , untuk mendapat keputusan yang cemerlang . KEtika sedang menunggu giliran rundingcara aku terlihat dirinya menyebabkan ku teringatkan kenangan lama namun apakan daya kini dia telah berpunya . HMmMm~~ Hari demi hari , aku semakin rapat dengan adik angkatku yang juga budak pulau pinang . Di samping itu , rakanku semakin rapat dengan MAKWEnya malah aku menjadi posmen antara mereka kirim2 salam . Kehadiran seorang budak ini , menambah aku sebagai rakan dalam FACEBOOK telah merungkai segala persoalan yang ku tertanya2 tentang nama yang pernah disebut seorang rakanku ini ketika kami berborak sebelum tidur sewaktu EDU CAMP . kini sudah lama , aku tidak melihat si dia . Kali ku melihatnya adalah pada bulan APRIL sebelum dye berpindah namun adakah dia sudah melupakan aku dan rakan2nya yang lain di SMK JP yang tercinta ini ?? Aku rindu sekali sama dia...~ Oh ya , lupa pulak nak cerita adalah seorang gadis ni tiba2 je REMOVE aku daripada FACEBOOK dia , bila aku tanya dia melalui masej yang aku hantar dalam FB dye sampai sekarang tak balas . Aku pun tak pasti apa salah aku pada dia , sebelum ni ada jugak dia remove tapi kami berbaik kembali tapi sekarang ? Ya Allah kau rapatkanlah kembali hubungan PERSAHABATAN antara kami , dan janganlah putuskan persahabatan ini . Dan satu lagi , RAkan Karibku kini kembali bersama dengan Bekas makwenya kejap putus kejap kapel macam peribahasa melayu sebut Carik2 bulu ayam lama2 bercantum juga~~

Sampai di sini sahaja yang aku nk share ~~~ Assalamualaikum semua~~