Tuesday 17 November 2015

Ke manakah aliran aku >? Dilema memilih aliran seorang mahasiswa Diploma Sains UiTM~

Membuat pilihan bukanlah semudah disangka , tak sanggup untuk aku memilih kerna di sebaliknya keduanya punyai bulan dan bintangnya yang tersendiri dalam mengorak ilmu .

Di persimpangan jalan ini , aku buntu memikirkan ke mana jalan hendak aku pilih ikut hati mati ikut rasa binasa diluah mati anak dipendam mati bapak . Hanya mampu ku berdiri di sini terus , sedang mereka sudah ada matlamat . Tapi , jalanku masih kabur masih diselubung jerebu .

Sebagai pelajar Diploma Sains UiTM semester 3 , aku perlu memilih haluan sama ada membawa diri ke aliran Fizik atau Biologi untuk semester seterusnya .

Walau biologi dan fizik saling memerlukan , tapi haruslah aku pisah keduanya yang nyata walau kedua aku berminat untuk mendalaminya . Biologi lebih berkait dengan hidupan dan persekitaran alam , yang pasti aturan gelombangnya dalam acuan fizik bagaimana setiap pancaran gelombang itu mempengaruhi hidupan biologi , litar pintas serta arus yang menghasilkan tenaga untuk jana tiap aplikasi menjadi generator elektrika dan elektroniknya turut jadi asas dalam fizik .

Hakikatnya , keduanya saling berkaitan .

Laluan SAINS BIOLOGIKAL

semester 4
BIO310    Introduction to Human Biology
BIO320    Introduction to Biological Diversity
CHM256  Basics Analytical Chemistry
CHM301  Organic Chemistry II
CSC134   Computers & Information Processings
STA108   Basics Statistics and Probability

total kredit = 6 subjek x 3 jam kredit = 18 kredit

semester5
BIO300   Biological Technique
BIO330   Introduction To Ecology
CHM260  Basic Instrumental analysis
CHM361  Inorganic Chemistry
ENT300  Basic Entrepreneurship

total kredit = 5 subjek x 3 jam kredit = 15 kredit

Laluan SAINS FIZIKAL

semester 4
CHM256  Basics Analytical Chemistry
PHY260   Optics and Wave
PHY310   Modern Physics
PHY340   Electronics
CSC134   Computers & Information Processings
STA108   Basics Statistics and Probability

total kredit = 6 subjek x 3 jam kredit = 18 kredit

semester5
CHM260  Basic Instrumental analysis
CHM361  Inorganic Chemistry
PHY351   Material Sciences
PHY360  Physics Laboratory ( Instrumentation and Application)
ENT300  Basic Entrepreneurship

total kredit = 5 subjek x 3 jam kredit = 15 kredit


Nak Pilih apa ye >??? aku masih bingung memikirkan~~~ Semester 2 lalu Fizik aku gah di puncak meniti A tapi menjunam ke bumi apabila gagal untuk semester bagaikan roda kala di atas dan di bawah , mungkin ceriteranya tak sehebat semester sebelumnya untuk usaha walau hingga denyut menitik-nitik di kepala "study" . Manakala , biologi pula tak pernah aku menerjah A paling tinggipun menggapai sehingga B untuk semester ini sebelumnya C+ dan semester 1 , B- . Mungkin Keputusan itu Maintain , tapi untuk skor A mencoret hingga meniti ke puncak A begitu sukar berbanding Fizik namun fizik mudah jua ke puncak dan jatuh ke lembah cerun curamnya .

Kini aku beristikharah ~~~ Doakan aku ye kawan2 ketemu istikharahku jawapan dari Tuhan yang Maha Mengetahui , setelah di malam hari aku berjaga memohon padanya sungguh hanya dialah yang tahu apa yang terbaik .

Kendatipun ,, aku berminat untuk sambung degree

1.Forensic analysis
2.Optometry
3.Nutrition and dietectic
4.food tech
5.material techology

1 comment: