Alhamdulilah pada 1 Januari 2023, dalam kalangan beberapa calon. Namaku terpilih untuk jawatan ini. Aku mendapat 2 Tawaran chemist di Royce Pharma dan UDPS . Aku memilih untuk merasakan pengalaman baru di Lab Kapal.
Sejujurnya, tak pernah aku duga rezeki Allah menetapkan aku ke laut. Jujur, tiada cita cita pun. Ceritanya bermula pada saat aku di Noripharma , aku koyak kerna satu peristiwa agak memalukan , aku dijerit dimarah oleh seseorang ( nama dirahsiakan) hingga buku dibaling-baling namun aku mengerti asam garam dalam kerjaya biasalah alah bisa tegal biasa segala terjadi kita jadi pengajaran untuk cekal memperbaiki kekurangan. Namun, manusia biasa punya rasa "koyak" dalam tidak sedar aku menekan semua berkenaan dengan makmal. Saat itu aku rasa sangat penat juga kehidupan di kota, dengan masalah kereta rosak tak habis-habis. Aku rasa aku perlu satu "reset". Perjalanan seorang Lab Technician kepada Junior Chemist tak mudah. Dalam masa sama , aku juga kenali seorang gadis Terengganu yang membuatku rasa ingin ke pantai timur samada pahang atau terengganu bahkan kelantan.
Dengan rezeki illahi, kala aku ke Terengganu bersama keluarga gadis itu secara tiba2 aku mendapat satu "WHATSAPP" daripada Kak Lela ,"we want to offer you Offshore Based Lab , do you interested ??"
Tertulisnya rezekiku walaupun tidak sempat untuk temuduga isnin , mereka menjadualkan hari ahad maka tanpa perlu cuti. Dengan hati yang cekal, aku menaiki bas untuk temuduga ke Kemaman sempat bertemu Shafeeq dan Mila sebelum ke TBS berlepas ke Kemaman. Bas begitu laju meluncur , jam 3 pagi sudah aku terpacak di tepi jalan . Aku bersyukur kerana arwah Ayah So dan Ciksom sudi untuk menjemput aku turun dari bas sedangkan arwah begitu kabur dalam pemanduan hari malam da bukanlah begitu sihat namun pengorbanan arwah begitu hebat keikhlasannya menolong hanyalah tuhan mampu membalasnya. Kala beberapa jam, aku pun tidur seketika di rumah mereka. Walaupun kali pertama aku bertemu, namun budi mereka pekerti mereka begitu mahal meski di desa kaya dengan akhlaknya. Dengan menggunakan Perodua Kancil milik arwah Ayah So, aku pun memandu ke UDPS dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim. Maka temu duga berlangsung agak lama, aku mencuba yang terbaik memprestasikan diriku untuk memikat mereka. Syukur dengan hadrat illahi, walaupun Kak Lela agak kurang yakin namun aku tetap berterusan memberi khabar menantikan jawapan. Kendatipun drama "beg" tertinggal semasa temuduga begitu kelakar. Arwah Ayah So berseloroh, tanda-tanda dapat menandakan beg di situ akan kekal di situ. Begitulah ceritera ini bermula, niatku untuk mengembangkan karier selain mencari rezeki halal mengumpul duit untuk kahwin pun bermula.
Jadi dekat sini, kalau korang baca aku nak mintak korang sedekahkan al-fatihah buat arwah Ayah So yang baru meninggal bulan Disember yang lalu.
Maka, bermulalah perjalananku baru di Pantai Timur. Ibu begitu bersemangat bersama keluargaku untuk menghantarku kali pertama ke ibu pejabat UDPS di Kemaman. Terima kasih ibu dan keluarga untuk bantuan dan sokongan amat ku hargai.
Terima kasih jua buat Moksu yang membantu aku mencari bilik sewa di Kemaman, menyambut aku dan kelurga di sini.
Angin begitu kencang di Pantai Kijal, Kemaman.

Pada Akhirnya, di sinilah aku bermula perjalananku untuk karier baruku. Terimakasih buat ibu sentiasa menolongku.
Untuk Kerja di Laut, ada syarat wajib ye iaitu BOSIET, OFFSHORE SAFETY PASSPORT. OSP ni dye based on medical check up . Aku sangat tak sangka sebenarnya sebabnya aku ni mana ada semua benda ni wei. Tapi.. UDPS menampung perbelanjaan aku. Nak buat lesen bosiet bukan murah ye gais. 2k ke atas jugak .
Sebelum aku fly to the sea, aku telah mengambil kursus T-BOSIET bertempat di TSTC ( Terengganu Safety Training Centre). Dekat sini, kita akan diajar la basic2 safety dekat laut , ada jugak praktikal untuk berenang, semua2. Aku ni mana pernah berenang mat apetah tahan nafas bagai. Orang cakap biasanya dye macam buat syarat aje. Tapi masa aku training ni , ada audit. Aku dikira bertuah la sebab dapat buat betul2 . Aku macam tak percaya sebenarnya aku boleh pakai CA-EBS tu pastu tahan nafas guna benda tu je jalan sampai hujung kolam. Masa mula2 tu susah wei. Srius kabo. Sampai2 trainer pun naik fed up dengan aku dan 2 orang lagi brother. Kiteorang 3 ni lambat skit bahahhaa. Syukurlah at the end of the day. Kami pun lulus lesen BOSIET alhamdulilah .
Kita share sikit kenang-kenangan amek kursus T-BOSIET.
Sedikit Corat-Coret Gambar bersama Isteriku dan keluarga mertuaku menghantarku ke laut.
Nak gi laut ni kena naik helikopter ataupun boat. Tapi kalau naik boat biasanya lambat sikit dan mabuk. Naik Helikopter cepat sikit, tapi kena tahan tekanan atmosfera jela memang rasa tiap kali naik dekat telinga tu. tapi tak sampai sejam dah sampai ke FSO tengah laut thailand dalam lebih kurang 120 km daripada Airport KB tu.
FSO Ratu Songkhla ni kalau ikutkan peta dia di antara Malaysia dan Thailand. kawasan ni digelar Malaysia-Thailand Joint Development Area.
Syukur, dengan hadrat illahi aku telah mendarat ke FSO Ratu Songkhla dengan selamat. Aku telah diberi pengenalan atau induction safety oleh Joe. Bilik pun begitu selesa weh... Makan jangan cakapla 7 kali sehari , surau pun dekat je tinggal ko malas rajin je nak jemaah.
Selain daripada tu, ada jugak tempat main ping pong, gym, bilik tv, bilik karoeke . Untuk korang healing2 la enn..
Ok, Dekat sini ada latihan keselamatan setiap hari ahad. Di Mana kalian kena pakai life jacket kurang dari seminit sebagai latihan jika berlakunya kecemasan dan sebagainya. perkara ni sangat penting la . Cargo Tech telah sediakan kad masing2 untuk kita change bila situasi itu berlaku.
Dekat sini, sebagai tugas aku sebagai lab person. Aku ditugaskan untuk monitor Condensate Sample. Apa itu condensate sample >? condensate ni minyak yang betul2 raw yang sudah diproses secara semi dekat pelantar. Apabila petroleum tu dikorek dengan kapal korek, depa proses dekat pelantar minyak , and then condensate ni piping dia 3 kilometer kepada FSO . So dekat sini Nama dia Muda Field. Muda Field Processing Plant (MDPP) ni process minyak lepastu transfer ke FSO , untuk simpan minyak condensate nie laaa.. pada Event Offtake, minyak2 ni semua akan dibeli . So, as lab we need to test the condensate mercury content. Dekat sini, kita ada MRU . MRU bermaksud Mercury Removal Unit, di mana ia bertindak untuk menapis minyak condensate tersebut daripada kandungan mercury.
Petikan daripada Journal tersebut menerangkan betapa pentingnya untuk menapis mercury. Di sini, pada mulanya aku test menggunakan sp3d untuk mengukur jumlah pbb merkurinya. Namun, pada suatu saat mesin itu rosak dan kerana ketiadaan spare part baru pihak pengurusan telah menggantikan denga Ma3-Soloz. Kita juga perlu mengukur ketumpatan untuk tukar unit ke dalam PPB. sebab yang kita analyse dye kuar results dalam PPM. Untuk condensate ni kita ada sample daily, weekly, pre-offtake , dan juga post-offtake .
Berikut merupakan corat coret tempat kerja dan apa yang aku kerjakan di sini
Suatu saat aku pernah diuji dengan keberadaan mesin yang tiba2 tidak boleh mengukur merkuri. Keadaan begitu meruncing , dengan kepalaku memerah otak bagaimana hendak selesaikan masalah dengan internet yang tak berapa kuat , aku cuba mencari punca. dengan bantuan whatsapp daripada technician, kami membuat konklusi heater 5 telah rosak. Disebabkan hal ini, kami dipindahkan sementara ke Lab Muda untuk membuat testing dan pada masa sama ada lab technician muda yang berhenti auto kena cover dan belajar testing di sana jugak. dekat pelantar minyak, testingnya lebih kompleks kita kena kawal selia cooling medium, chloride, ph, sample condensate, sample gas, turbidity, free chlorine, mov, oil in water, dan sebagainya la. Banyak sampling point, banyak jugak parameter. Report pun lagi banyak. tapi it is a quite fun juga la learn new experience tapi tula pressure pun boleh tahan dekat sini. Alhamdulilah, walaupun seketika dapat juga timba ilmu dekat sini.
Brader Akmal ni pun padu jugak. Banyak belajar daripada dia dan saidi .
So, begitula kira-kira rasanya pengalaman di sini. Tak pernah terfikir untuk berada di sini , namun Rezeki illahi. Tapi akhirnya kita habis kontrak dan handover la dekat orang lain.
Kenangan raya di offshore memang shahdu , tapi tetap menjalankan tugas demi negara tercinta. cewahh bahahhahaha. Sedikit kenangan - kenangan gambo.