Saturday, 14 November 2015

Kala Hujan turun......Aku menaip....terpulanglah mahu jadi hantu atau buaya...?

Demi waktu yang kian berlalu , detik terus berlalu , seiring sejalan hujan pun turun pada hari hujung minggu yang penuh sepi . Hujan yang turun , ibarat gelojak hatiku yang turun penuh kecewa . Kala aku kecewa dengan keputusan "final exam" semester yang berlalu , aku kecewa dan aku pun terluka kerna debunga yang kejap gugur kejap menguntum . Mahu jadi hantu atau buaya , Hilangnya tanpa pesan , tapi siapalah aku hanya mampu menangisi sendiri . Mungkin setiap kedatangan hanyalah gangguan yang menghasilkan buah yang masam di dalam taman ladangnya . Biarlah aku pendam segala lara ini ,tak dayaku menunggu hilangnya bukan sekali usaikan semua yang ku rasa . Mungkin dia menuai padi di semaian ,, biarlah aku di sini meredhakan saja andai tak mampu ke bintang , apakan daya aku memaksa jika bintang tak mahu berkelip  , mungkin arusnya sudah berkurangan dalam litar hingga cahaya mentol pun malap tatkala kau pergi , tapi aku sedari mungkin ini cuma di alam fana mimpi . Bila aku tersedar , adakah ia sekadar mimpi ??? Maka Terpulanglah mahu jadi apa , mahu jadi Hantu mahu jadi buaya ?? Terpulanglahh...

Aku pun merenung ke jendela katil ,, dan aku sedari hati manusia tak pernah kekal melainkan hanya yang benar . Seperti ceritera kuch kuch hota hai , percintaan itu sebuah persahabatan yang dituai akhirnya menjadi sebuah cinta buat Anjali . Walau macam manapun , aku masih mampu ukirkan senyum kerna masih ada yang setia jadi sahabat kala jatuh bangun diri ini . 

Yang Hendak datang , yang Hendak pergi semuanya kehendaknya . Begitulah manusia datang dan pergi , hidup takkan lepas dari perpisahan . Kita perlulah menghargai tiap insan yang hadir dalam hidup , biar kita dipalit sedih olehnya tapi jangan sesekali kita berdendam dan tolonglah buatlah baik walau dicurah asid sekalipun kerna itulah sifat manusia yang penuh rasa cinta sesama mereka saling menolong .

No comments:

Post a Comment