Thursday, 5 November 2015

Tak Setinggi Gunung Kinabalu tapi Hanya setinggi Bukit Broga

Aku sendiri takut untuk berdepan hari esok , tapi bagaimanapun jua kita harus menghadapi hari esok yang masih jadi sebuah persoalan . Aku tak pernah berharap sampai ke bintang kerana aku tau siapalah aku hanyalah insan kerdil di muka bumi ini . Aku mengukir tiap saat yang tercipta sebagai memori yang indah . Katanya jua , tak mahu aku berharap lebih kerna dia jua takut seandainya dia jua melukakan hatiku . Sedang dia berkata begitu , sebelumnya sudah aku karang hati ini biar tak menyimpan harapan tinggi ke gunung kinabalu cukuplah sekadar singgah di Bukit Broga yang tak setinggi mana namun di sana masih mampu melihat indahnya matahari terbit tika tirai subuh menjelma di pagi hari . Dari situ , terus aku berkawan biasa dengannya menuai senyuman meniti di pipi . Walau mungkin tidak seindah bayangan di realiti biarlah kerna kawan itu biar ikhlas . Apakah kesudahan esoknya... Dodoian melelapkan mimpi tidur , maka berlalulah sehari itu


 Ini ceritera tentang cahaya kasih sayang dan jejaka yang bijaksana , mungkinkah ada cerita yang serupa? Jejaka yang meluahkan perasannya . agak2 ada gaya drama tv3 tak drama aku tulis ? kuh3...
k bai . selamat malam .

No comments:

Post a Comment