Meneruskan hari ini , semalam telahpun melewati hari berganti hari kala masa itu pun tiba dengan hendaknya tuhan yang maha berkuasa aku masih diberi nafas untuk menghirup oksigen di muka buminya yang serba indah ini . Dikala pagi yang penuh rasa kedinginan , sejuknya meniti ke tulang rusuk kala burung berkicauan sedang hari yang gelap menjadi cerah malam bertukar siang sedar tidak sedar sudahpun 1 Disember untuk saat dan ketika ini .
11 bulan telah berlalu , 11 bulan yang penuh sarat dengan memori . Kadang kala memori itu harus kita lepaskan , walau rasa rindu itu mencecahkan hingga rasa infiniti tapi apakan daya aku melawan kehendak takdirnya , tidak aku menyalahkan takdir tapi aku yang memilih jalan ini tidak lagi aku sekelas bersamanya .
Amatlah menipu jika aku tak rasa sesuatu yang hilang di dalam semesterku , ibarat isyarat yang hilang dari radar kapal terbang . Dia telahpun hilang dari pandangan , biarkanlah biar biar patah hatiku lepaskanlah segalanya kendatipun mungkin hanya aku yang teringatkannya barangkali aku sedari aku hanyalah rumput di tanah sedangkan dia tinggi di langit .
Mengejar mimpi yang tak seindah realiti , hanya angan tak sudah ibarat teori yang dapat diterjemah dalam makmal hanya sekadar teori . Mungkinkah bayang itu sudah lenyap dimamah kesunyian , hanya tuhan yang menentukan segalanya .
Mungkin , aku harus MELUPAKAN segalanya walau beribu kali aku cuba tapi rautmu wajahmu masih mengisi ruang di sini ibarat MEMANCING seribu kali tapi masih tiada menemui sebarang ikan . Hanyalah kesepian berbisik sendiri , di bandar kelapa sawit ini menjadi panorama untuk segala episod antara aku .
Dia ..
Dia adalah classmate aku selama 2 semester ,
dia ,,
dia adalah kawanku.. siswi terapat denganku dalam kelas dulu~~
Selamat jalan awak .. moga jalan yang awak pilih menemui noktah kejayaan .
sebagai kawan , saya doakan yang terbaik ~
No comments:
Post a Comment