Kabhi Khushi Khabie Gham
= "Adakalanya sedih, adakalanya gembira,"
2015 . penuh kenangan . tahun inilah jua semester 2,3,Dan semester 4, yang baru masuk kini telah 3 semester aku sebagai seorang Mahasiswa UiTM Pahang penuntut Diploma In Science . 2015 aku garap sebagai sebuah tahun yang penuh ceriteranya tersendiri . Paling manis bila kejayaan aku gapai untuk keputusan semester 2 hasil kejayaan tuaian hebat lecturer Fizik Dan Kimia membuat aku Kali pertama terbang ke langit tinggi mendakap kecermerlangan A buat subjek tersebut kerna miss Ema Shohaimi Yang begitu bersabar mengajar kimia serta kesungguhan miss Robaiah Baiah mengajar fizik . Pengalaman menjadi Exco Dinner Perdipsa , Sport Science Carnival Perdipsa , sememangnya menambahkan lagi pengalaman aku dalam bidang pengurusan memberi aku peluang berbakti untuk Perdipsa . Pengalaman yang cukup debar menjalani Temu duga pertama untuk Presiden Perdipsa namun aku sendiri menyatakan kepada Miss agar memilih kawanku , Suhairi kerana dia lebih layak memegang tempat no1 tapi aku ditawarkan menjadi MT Logistik Perdipsa , maka jadilah aku exco logistik Perdipsa . Lebih mencabar , bila aku diberi kepercayaan oleh barisan MT untuk mengendalikan Program Luar sebagai Pengarah Programà, dan dengan masa yang ada aku berhasrat membuat Lawatan , menjadikan ia bukan saja program pertama kendalian aku , tapi jua lawatan pertama untuk persatuan ini yang jua bila aku membuka penyertaan dengan satu malam saja sudah penuh begitu mendapat sambutan hebat . Aku tak mampu lakukan sendiri , jika bukan jasa Timbalan Pengarah Program shamila yang membantu aku mencari exco-exco Serta membantu dalam pelbagai aspek untuk jayakan event ni. Sehingga saat ni aku masih berdebar menanti keputusan Paperwork , harapku diluluskan Serta bajet serta sempat untuk permohonan pengangkutan , masa semakin suntuk menjelangnya tarikh 9/1 , event pertama Perdipsa untuk jendela 2016 harapnya semua berjalan lancar dipermudahkan urusan . Tahun ini juga aku kenal kawann baru di kelas c sejak sem2 seperti Shafeeq Bin Kamal , Aiman Zamri , Amzar Nashruddin roomate yang baik dan gila2 malah aku jua kenal ezzatty syaffira kawann aku jua serta kawan2 yang lain menuai kenangan bersama mereka. Memilih aliran suatu yang amat sukar , setelah beristikharah pada mula aku memilih fizik tapi setelah beristikharah lagi hari ke hari aku memilih biologi , dan Saat inilah aku terpaksa mencari haluan sendiri berpisah dengan classmate lama ,, tapi dengan takdirnya aku masih bisa temui jalan itu tapi jujur aku rindu ingin lihat kelibatnya di situ dalam kelas . Dengan pertolongan aku mengenalkan Ainaa Azamri dengan Faiz Halimi siapa sangka akhirnya melahirkan bibit-bibit hingga begitu cepat tindakan kawann FaiZ membawa berjumpa keluarganya tapi itulah tindakan "gentle" dan serius . Siapa sangka classmate lama sewaktu tingkatan 1 Nurul Syazana kembali menjadi classmate aku untuk semester 4, perangainya langsung tak berubah . Paling sedih tahun ini , bila Kali pertama aku bergelar seorang Repeater bila fizik aku menjunam gagal pada keputusan semester 3 . Moga 2016, jauh lebih baik . sekian :D